Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi dengan enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, 11 September depan.
Dayang tercalon menerusi album Belagu bagi kategori Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, Rakaman Album Terbaik serta dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi).
Sementara itu, penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula masing-masing tercalon dalam empat kategori iaitu Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel dalam lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.
Yonnyboii pula menerusi kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, AIM23 menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan.
Ads
“RIM menerima jumlah yang memberangsangkan apabila menerima sebanyak 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
“Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan,” katanya kepada MH.
Rosmin ditemui pada majlis sidang media calon Top 5 AIM23 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Menurut Rosmin lagi, seramai 113 terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Diketuai Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Ads
“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.
“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” katanya.
Sementara itu, arisan artis yang bakal membuat persembahan serta hos AIM23 akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah klip video di laman Twitter menunjukkan dua pelancong asing sedang bermain muzik dan berjalan mengutip sumbangan pelanggan di sebuah kedai kopi sekitar Lembah Klang.
Mengambil berat akan isu ‘begpackers’ golongan pelancong asing, yang meminta derma atau sumbangan (begging) daripada orang ramai untuk tujuan menampung kos perjalanan mereka, Adibah Noor berkongsi pendapat.
Menurutnya, jika pendatang seperti Rohingya atau Bangladesh yang berbuat begitu, pasti sudah dihalau keluar.
“Kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan?
“Even adik2 yg cari makan jual buku, pen, gejet… pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers,” luahnya seakan pelik dengan sikap netizen Malaysia terhadap pelancong Barat.
kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan? even adik2 yg cari makan jual buku, pen, gejet… pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers. https://t.co/UKQDIUsbgH
Setuju dengan pendapat penyanyi Terlalu Istimewa itu, netizen berharap agar golongan ‘begpackers’ ini berhenti berbuat demikian. Kata mereka, sila kumpul duit dan melancong guna duit sendiri.
Foto – Twitter Adibah Noor & Ushar Daniele
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya.
Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi.
“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya.
Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang.
Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan.
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon, Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.
Menurut adiknya yang dikenali sebagai Hassenah, arwah Pian ditemui oleh ibu mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air sekitar jam 8 malam.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.
“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok, tapi kami tidak pasti lokasinya.
“Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.
“Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Terdahulu, Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Ahli kumpulan Cecupak itu kerap berhadapan dengan masalah semput serta sering menerima rawatan doktor.
Kemudiannya, Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung.
Allahyarham Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.
Menerusi perkahwinan terbabit, arwahdikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidup, sukar diungkap. Hanya kerinduan mendalam membelenggu mereka yang melaluinya.
Itulah dirasakan penyanyi Fanzi...