
Hasrat peserta Qilo dan Aliff Kimiey untuk beraksi di pentas akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR), Ahad depan tidak kesampaian apabila kedua-duanya diumumkan tersingkir pada konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Qilo memperoleh markah tercorot menerusi persembahan lagu Joget Kenangan Manis nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, manakala Aliff Kimiey menduduki tempat kedua tercorot dengan markah 77 peratus.

Aisha Tegur Pitch Qilo, Akim Puji Peningkatan Aliff
Mengulas persembahan Qilo, Aisha Retno selaku juri tetap berkata, peserta berkenaan menunjukkan keberanian menerusi pertukaran genre, namun perlu lebih berhati-hati ketika menyanyi sambil menari.
“Saya hargai penukaran genre anda di luar kotak tapi apabila menari biarlah ikut rentak. Saya suka ekspresi wajah anda, lontaran vokal juga sangat baik.
“Namun tolong hati-hati dengan ‘picth’. Kalau awak menari ‘pitch’ itu ada lari sedikit. Lembutkan lagi lenggok nyanyian, kena belajar sedikit kerana agak kasar.
“Tapi tak mengapa awal boleh banyak belajar lagi selepas ini,” komennya sejurus Qilo selesai membuat persembahan.
Sementara itu, Akim Ahmad pula menyifatkan persembahan Aliff Kimiey sebagai pembukaan yang baik selain mengakui peserta itu menunjukkan peningkatan sepanjang menyertai BSR.
“Satu pembukaan yang sangat baik, siapa cakap Aliff tak boleh menari?
“Sepanjang beberapa minggu kami lihat Aliff punya peningkatan, hari ini (Ahad) Aliff sudah mula menunjukkan rasa selesa di atas pentas.
“Cuma mungkin ada bahagian nyanyian di verse Aliff nampak gementar tetapi lepas korus Aliff kembali konsisten semula,” ujarnya.


Baca Artikel Lain;
Dalam pada itu, Raniesha muncul peserta dengan markah tertinggi minggu inu dengan 88 peratus, diikuti Adam Nazmie dengan 87.33 peratus dan Yad-Z di tangga ketiga, 85.67 peratus.
Hussain pula dipilih sebagai Rocket Star of The Week dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.
Rezeki menyebelahi Danial Kifli apabila menerima ‘Priority Pass’ selepas dipilih penaja untuk terus mara ke peringkat akhir.
Lima Peserta Mara Ke Malam Kemuncak
Seramai lima peserta akan meneruskan saingan di pentas akhir iaitu Raniesha, Hussain, Danny, Yad-Z serta duo Adam dan Nazmie yang merupakan satu-satunya peserta berkumpulan.
Anda mungkin berminat dengan
Kesemua juri sebulat suara memilih Beatz sebagai juara pusingan tersebut sekali gus menghadiahkan mereka wang tunai RM1,000.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bersaing bagi merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta menyertai musim ini iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.
Ganjaran itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, Big Stage Rocketfuel bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Penonton juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

