Hos dan pelawak, Jihan Muse yang telah pun tampil bertudung litup awal tahun ini ada memuat naik sepotong video soal jawab bersama PU Azman berhubung isu pemakaian tudung di kalangan isteri.
Nyatanya, kemusykilan pengacara Gegar Vaganza itu akhirnya terjawab selepas pertanyaannya diterangkan secara jelas oleh penceramah berkenaan.
Perkongsian tersebut dimuat naik Jihan menerusi Instagram.
“Saya ada satu soalan dan saya sudah tanyakan pada suami saya. Saya sudah mendapat jawapan daripadanya cuma hari ini saya mahu double comfirmed dengan PU Azman.
“Soalannya adalah…Alhamdulillah Jihan sudah pakai tudung, kurang dosa suami. Suami saya kata dari hadis mana dapat benda tu.
“Saya tiada jawapan jadi aoakah jawapannya,” tanya Jihan lalu mendapat pencerahan daripada PU Azman.
Katanya, secara asas suami tidak akan tanggung dosa isteri kerana tidak mengenakan tudung sekiranya dia sudah menegur secara bersungguh pada si isteri
“Kalau isteri tak pakai tudung, suami tak akan menanggung dosa kalau suami sudah bertanggungjawab menegur,” terang PU Azman sambil memberikan dalil dalam Al-Quran.
“Cuma mereka akan turut sama berdosa sekiranya mereka ini tidak pernah menegur,” jelasnya lagi.
“Assalamualaikum.. sedikit perkongsian utk hari ini.. Semoga dapat memberi pencerahan.. serta janganlah kita sewenang-sewenangnya menyatakan sesuatu yg kita sendiri tidak tahu itu benar atau tidak.
“Bak kata @pu_azman “tak tahu? tanya. nak malu hapo?” Terima kasih, tulis Jihan pada ruangan kapsyen pada video berkenaan sambil disusuli dengan tanda palang #tanyacikman #kongsiilmu.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya. Malah rata-ratanya sudah semakin jelas mengenai hal sama.
Penyanyi asal Indonesia, Agnez Mo mencatat rekod manis dalam kerjaya muziknya di Amerika Syarikat apabila memenangi Anugerah Social Star di iHeart Radio Awards 2019 yang telah berlangsung meriah di Microsoft Theater, Los Angeles, semalam.
Selain bersiaran secara langsung, kemenangan penyanyi tersebut turut dimaklumkan menerusi Instagram @iheartradio.
Terdahulu menerusi kategori yang dipertandingkan, penyanyi berkenaan bersaing dengan calon lain seperti Bhad Bhabie, Dylan Minnette, Joji, Lele Pons, Loren Gray, Mason Ramsey, Queen Naija, Tana Mongeau dan Trixie Mattel.
Hadir mengambil sendiri anugerah yang diraihnya hasil undian secara online itu, Agnes tampak chic menerusi persalinan gaun mini kembang lengkap mengenakan boot hitam.
Elfira Loy yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun hari ini ada memuat naik sekeping foto, bertanyakan sama ada wanita bertubuh kecil dan kurus di luar sana turut mengalami masalah kala mengenakan inner tangan.
“Siapa sini tangan kurus mesti faham kan perasaan bila pakai handsocks tapi asyik longgar je? Asyik kena betulkan sebab asyik melorot jee.
“Tapi el pakai @hssmuslimah ni elok je ngam dengan tangan sebab handsocks ni siap ada 3 size tauu. Ni el pakai size s tak longgar pun,” tulisnya.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.