Dilihat menyuakan gayung berisi air dan sebekas makanan kucing, Izzue Islam dan isteri memberi makan anjing yang sedang berehat di bawah kenderaan di depan rumah mereka.

Walaupun takut, namun dek kerana kasihan melihat haiwan yang sedang kelaparan itu, pasangan ini memberanikan diri mendekatinya. 

“Cuaca skng panas, dugaan bukan untuk kita je, tapi seluruh makhluk alam.”

“Kita pun takut masalahnya.

“I rasa dia tak sakit, dia cuma kehausan dan kepanasan. Tadi I angkat barang dekat bonet tapi tak perasan pun dia.”

Pelakon kacak ini turut berdialog dengan anjing tersebut dan memanggilnya dengan panggilan Adik.

IKLAN

Dik habiskan dik. Dalam bekas tu air tau dik.

“Dia macam lapar sangat. Makanan kucing pun dia habiskan macam tu je.”

IKLAN

Izzue turut membuat andaian anjing tersebut sedang menyusukan anak berdasarkan keadaan badan dan puting susunya. Wah, hebat Izzue.

Di akhir rakaman, pelakon kacak ini dilihat turut membawa beberapa kucing peliharaannya di dalam kereta untuk ke lokasi penggambaran.

Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan, Tindakan Izzue Islam Dipuji

IKLAN

Kagum dengan kasih sayang pasangan ini terhadap haiwan, netizen memuji tindakan mereka.

Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan, Tindakan Izzue Islam Dipuji

Namun ada yang mempersoalkan sama ada bekas makanan tersebut boleh digunakan lagi atau tidak.

Walau Takut Tapi Tetap Beri Makan Anjing Kelaparan, Tindakan Izzue Islam Dipuji

Foto – Instagram Izzue Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI