Sejak beberapa hari lalu, nama lagenda badminton negara, Rashid Sidek kembali menjadi sebutan susulan pencapaian anak didiknya, Cheah Liek Hou yang berjaya meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Rashid yang bertindak selaku jurulatih badminton para negara merupakan antara watak penting yang merintis kejayaan sulung Cheah Liek Hou di pentas sukan terbesar dunia itu.

“Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan “Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan

Ketika seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah buat wira-wira negara itu, tular pula sebuah ciapan di laman Twitter yang memaparkan sebuah foto lama membabitkan Rashid bersama ratu rock tanah air, Ella.

Foto tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak yang rata-ratanya mengimbau semula kisah-kisah ketika zaman 90-an dahulu.

IKLAN

Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, Ella turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung foto berkenaan.

“Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan

Menurut penyanyi lagu Layar Impian itu, gambar tersebut merupakan sebuah kisah lama dan Ella juga turut memaklumkan hubungannya bersama Rashid hanyalah sekadar teman biasa.

Katanya lagi, dia juga sebenarnya merupakan salah seorang peminat tegar kisah-kisah biografi dan animasi popular, Anak-Anak Sidek.

IKLAN

“Alaa cerita lama, hanya kawan. Lagipun, i’m a fan of Anak-Anak Sidek. Okay gambar ni jelas sikit,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, Ella turut dilihat berkongsi semula foto berkenaan tetapi kali ini dengan versi yang lebih jelas.

Setakat ini, tweet tersebut telah pun meraih lebih 4000 ulang ciap selain turut dihujani ratusan komen.

IKLAN

“Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan “Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan

Sekadar informasi, Rashid merupakan antara atlet badminton yang telah banyak mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan besar termasuklah ketika meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

“Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan “Hanya Kawan, Lagipun I’m A Fan Of Anak-Anak Sidek,” – Individu Muat Naik Foto Lama Ella & Rashid Sidek, Lihat Apa Reaksi Tuan Badan

Selain daripada itu, Rashid juga merupakan antara pemain yang tergolong di dalam generasi emas badminton negara susulan kejayaan memenangi Piala Thomas buat julung kalinya pada tahun 1992.

Sumber: Twitter Ella, Instagram Ella & Rashid Sidek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI