Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman berdepan situasi sukar untuk berjalan akibat kesakitan pinggang melampau sejurus pulih dari COVID-19.

Menurut Rebecca, masalah yang dialami suaminya itu mula dirasai sejak beberapa hari lalu dan kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

“Assalammualaikum Salam Jumaat Semua (Pic and Video Semalam). MUMMYBECCA Mulakan Upload Gambar Hari Ini Dgn Sang Cinta Suami Ku Yg tiba2 susah nak jalan Di sebabkan pinggangnya sakit sangat2.

“Dua Hari Lepas Dia Dah Rasa Something dgn Pinggangnya, Tapi Tetap Try Kuat Kan Diri, Tapi semalam tetiba Mcm susah nak berJalan plak And mummy Apa lagi Terus Bawak nya Check ke hospital,Risau,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsika Rebecca menerusi satu hantaran di Instagram.

Tulisnya lagi setakat ini mereka masih belum mengetahui akan punca sebenar dan doktor sedang memantau keadaan suaminya dalam tempoh seminggu.

“Tak tahu nak cakap Apa punca? Mungkin ke Selepas Baik Dari Covid Stage 4-5 Hari Tu Ada Kesan Sampingan? WaallahHuAlam, Hanya Allah SWT Yg Mengetahui.

“Apa apa pun Doctor Bagi Ubat Utk seminggu tgk mcm mana, Sebab Secara Jujur nya En Suami memang Tak Suka Pergi Hospital and Apa lagi Masuk Hospital.

“InsyaAllah Semoga Baik dan Sakit nya ini Biasa biasa sahaja ya sayang. Tapi tu la, bangun susah and nak jalan Harus Ada Tongkatnya. AllahHu Akbar.

“Ujian Dari Allah SWT kami terima Dgn REDHA, InsyaAllah Ujian Pada HambaNya Yg mampu hadapi dan Hebat,” kongsinya.

Dia pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat suami tersayang.

“Sebagai Isteri, Saya BerDOA Di Pagi Jumaat ini,Khas Utk SuamiKu. Semoga Allah SWT menghapuskan Segala Dosa Dosa Nya,Mengekalkan Iman Dan Segala KEBAIKAN Dalam DiriNya.

“Semoga Setiap Langkah Nya Di Lindungi Allah SWT dan Sentiasa Dalam Rahmat Dan Kasih SayangNYA. Ya Rabbi Engkau Tarik La Segala Sakit Yg Dia Rasa, Engkau Bantu La suami ku.. Hanya Pada Mu Ya Rabbi..

“SesungguhNya Engkau Maha SegalaNYA. Ameen Allahuma Ameen,” tulis Rebecca panjang lebar.

Untuk rekod, Nor Azam dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat akibat jangkitan COVID-19 pada 21Julai lalu

Rebecca sebelum ini mendapat perhatian selepas memaklumkan selain dirinya, suami dan enam anaknya turut dijangkiti virus berbahaya selain tiga pembantu rumah pada 8 Julai.

Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI