Penyanyi dan guru vokal, Mark Adam masih tanam impian untuk kembali bergelar penyampai radio meski hanya berkesempatan untuk berada di konti Hot FM kurang setahun.

Mark memberitahu, dia tidak akan berputus asa atau serik untuk menceburi bidang tersebut pada masa akan datang dan tak mahu melepaskan peluang andai sekali lagi ditawarkan posisi berkenaan.

“Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu “Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu

“Sekiranya ada, sudah semestinya saya masih lagi berminat sebab saya percaya dalam hidup ini bila kita dapat sesuatu peluang jangan pernah menolak peluang itu.

“Kita kena sentiasa mencuba dan daripada situlah kita akan belajar sesuatu. Jika saya diberikan lagi peluang dalam masa yang sesuai, saya mahu lagi jadi penyampai radio,” katanya.

Jelasnya lagi, penglibatan dalam dunia penyiaran radio memberikan impak positif kepada dirinya untuk lebih fasih bertutur dalam bahasa Malaysia.

“Ini kerana, sebelum ini saya memang ada perancangan untuk belajar agar lebih fasih bertutur bahasa Malaysia. Jadi bila menjadi penyampai radio tempoh selama 6 bulan sebelum ini, ia secara tak langsung membuatkan saya banyak membaca seterusnya membantu dalam penguasaan bahasa Malaysia yang makin baik.

IKLAN

“Tidak kisahlah menjadi seorang penyanyi ke, penyampai radio atau pelawak. Yang penting saya tetap tidak akan berputus asa dalam apa jua bidang saja bidang yang diceburi,” katanya.

“Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu “Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu

Mark berkata demikian pada sidang media pelancaran rancangan permainan terbaharu, Ceria Xtra #DudukRumah.

Bintang ini menjadi antara 16 selebriti tanah air yang turut terlibat dalam rancangan permainan terbaharu tersebut.

IKLAN

Program ini lakukan secara kerjasama Astro Ceria dan produksi Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’.

“Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu “Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu “Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu

Selain Mark, selebriti lain yang terbabit dalam rancangan ini termasuk Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi dan Atu Zero.

Turut sama terlibat ialah artis versatil Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki danbintang remaja, Aisar Khaled.

IKLAN

Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing.

Setiap Kapten akan disertai dengan tiga (3) orang pemain yang dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat.

“Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu

“Tak Kisahlah Jadi Penyanyi, Penyampai Radio Atau Pelawak,” – Mark Adam Terbuka Kalau Dapat Tawaran Di Konti Lagi, Bantu Lebih Fasih Berbahasa Melayu

Ceria Xtra #DudukRumah bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Go dan On Demand mulai 10 September hadapan.

Foto: Instagram Mark Adam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI