Penyanyi dan guru vokal, Mark Adam masih tanam impian untuk kembali bergelar penyampai radio meski hanya berkesempatan untuk berada di konti Hot FM kurang setahun.
Mark memberitahu, dia tidak akan berputus asa atau serik untuk menceburi bidang tersebut pada masa akan datang dan tak mahu melepaskan peluang andai sekali lagi ditawarkan posisi berkenaan.
“Sekiranya ada, sudah semestinya saya masih lagi berminat sebab saya percaya dalam hidup ini bila kita dapat sesuatu peluang jangan pernah menolak peluang itu.
“Kita kena sentiasa mencuba dan daripada situlah kita akan belajar sesuatu. Jika saya diberikan lagi peluang dalam masa yang sesuai, saya mahu lagi jadi penyampai radio,” katanya.
Jelasnya lagi, penglibatan dalam dunia penyiaran radio memberikan impak positif kepada dirinya untuk lebih fasih bertutur dalam bahasa Malaysia.
“Ini kerana, sebelum ini saya memang ada perancangan untuk belajar agar lebih fasih bertutur bahasa Malaysia. Jadi bila menjadi penyampai radio tempoh selama 6 bulan sebelum ini, ia secara tak langsung membuatkan saya banyak membaca seterusnya membantu dalam penguasaan bahasa Malaysia yang makin baik.
“Tidak kisahlah menjadi seorang penyanyi ke, penyampai radio atau pelawak. Yang penting saya tetap tidak akan berputus asa dalam apa jua bidang saja bidang yang diceburi,” katanya.
Mark berkata demikian pada sidang media pelancaran rancangan permainan terbaharu, Ceria Xtra #DudukRumah.
Bintang ini menjadi antara 16 selebriti tanah air yang turut terlibat dalam rancangan permainan terbaharu tersebut.
Program ini lakukan secara kerjasama Astro Ceria dan produksi Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’.
Selain Mark, selebriti lain yang terbabit dalam rancangan ini termasuk Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi dan Atu Zero.
Turut sama terlibat ialah artis versatil Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki danbintang remaja, Aisar Khaled.
Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing.
Setiap Kapten akan disertai dengan tiga (3) orang pemain yang dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat.
Ceria Xtra #DudukRumah bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Go dan On Demand mulai 10 September hadapan.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ozlynn Wati tampil menjelaskan mengenai video yang memaparkan aktiviti berbasikalnya yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.
Video berkenaan difahamkan telah mencetuskan spekulasi oleh segelintir wargamaya yang mendakwa Ozlynn melakukan aktiviti tersebut ketika masih di dalam tempoh berpantang.
Lalu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menjelaskan perkongsian tersebut sebenarnya merupakan video lama yang dirakam kira-kira setahun yang lalu.
Menurutnya, aktiviti kayuhan yang dijalankan di lokasi popular, Genting Sempah itu merupakan antara pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya memandangkan pada ketika itu, dia baru sahaja belajar untuk berbasikal secara serius tidak sampai satu bulan.
“Sangat perihatin rakyat Malaysia. Di video basikal tu pun dah ada ayat ‘baru semalam kayuh, tahu-tahu dah setahun’. Bermaksud video tu dah setahun.
“Maksud tempoh ayah ‘sebulan’ tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan, dah mendaki bukit tinggi-tinggi,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bukan Gadis Biasa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun dia kini sudah mempunyai enam orang cahaya mata, namun, dia tetap amat menitik beratkan mengenai soal berpantang dan penjagaan badan.
“Saya ni baru je pantang 18 hari tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya. Dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang dan ada ketika masih berkain batik. Mana mahunya kayuh.
“InsyaAllah sekalipun anak dah masuk enam, saya masih tahu menjaga diri. Anyway, terima kasih pada yang mengambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ozlyn turut berharap agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi dan sebaiknya bertanyalah dahulu sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.
Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Sumber: Instagram Ozlyn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Eina Azman merakamkan ucapan terima kasih buat rakan artis, Betty Rahmad yang mengambil inisiatif mengadakan majlis bacaan Yassin pada Khamis secara virtual.
Sesi bacaan tersebut dibuat khas untuknya dan suami, Datuk Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumahnya selain mereka yang turut dijangkiti Covid-19.
“Alhamdullilah terima kasih babe sebab buat bacaan yassin untuk i husband n bibik i. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga u sentiasa d lindungi.
“Siapa nak join sekali boleh join sebentar lagi selepas solat maghrib,” tulis Eina menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Betty menerusi Instagram memohon kepada mereka yang berkelapangan untuk sama-sama menyertai majlis yang dianjurkan menerusi Kumpulan Kelas Mengaji Online di Facebook itu.
“SALAM SEMUA. JEMPUT SEMUA JOIN BACAAN YASSIN MALAM INI LEPAS MAGHRIB DI FACEBOOK GROUP: KELAS MENGAJI ONLINE.
“SAMA-SAMA KITA DOAKAN DATIN @EINA_AZMAN,SUAMI, BIBIK DAN SEMUA YANG SEDANG SAKIT DIBERI KESEMBUHAN SEGERA & KEKUATAN INSHAALLAH AAMIN,” tulisnya.
Terdahulu, paras oksigen Gurmeet dilaporkan mengalami penurunan sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan, semalam.
Eina menerusi Instagram memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya kembali seperti sedia kala.
“Assalamualaikum semua. Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen. Terima kasih semua,” tulis Eina.
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...