Ads

Hantu Asia Tenggara Lebih ‘Creepy’ Berbanding Barat, ‘Kisah Bawah Tanah’ Animasi Seram Komedi Pertama Malaysia! Angkat Cerita Legenda Rakyat

Jika selama ini hantu versi Barat sering dikaitkan dengan zombi terhuyung-hayang dan jumpscare yang buat jantung hampir tercabut, kisah seram dari Asia Tenggara pula hadir dengan ‘rasa’ yang lebih dekat, penuh pantang larang, kepercayaan turun-temurun dan kadang kala, buat kita ketawa sambil meremang!

Perbezaan inilah yang diketengahkan menerusi siri animasi komedi seram terbaharu, Kisah Bawah Tanah, sebuah karya yang bukan sahaja menyeramkan namun tampil dengan pendekatan santai dan tidak terlalubagi jantung tercabut’.

Di sini, seram dan gelak tawa berjalan seiring. Seram tu ada, tapi tak sampai nak lari rumah!

Kisah Bawah Tanah membuka satu lembaran baharu sebagai antara siri animasi tempatan yang berani menggabungkan elemen seramdan komedi dalam satu dunia yang unik.

Pendek kata, ini bukan sekadar cerita hantu biasa, ini cerita hantu yang adaperangai’ masing-masing.

Lebih menarik, siri ini turut memperkenalkan pelbagai makhluk mistik ikonik dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Hantu Asia Tenggara Lebih ‘Creepy’ Berbanding Barat, ‘Kisah Bawah Tanah’ Animasi Seram Komedi Pertama Malaysia! Angkat Cerita Legenda Rakyat

Mereka bukan sekadar muncul untuk menakutkan tapi ada yang over, pelik, dan ada juga yang buat kita terfikir, ‘Eh, hantu ni pun boleh lawak rupanya!’

Melalui penceritaan yang ringan dan segar, penonton bukan sahaja dapat mengenali semula legenda rakyat yang sinonim dengan budaya tempatan, malah disajikan dengan sisi hantu yang lebih hidup’, mencuit hati dan kadang-kadangterlalu relatable. Seram tetap ada, tapi datang sekali dengan punchline!

Ads

Kenali Watak-Watak Di Dalam Siri Kisah Bawah Tanah;

Dalam siri ini, tiga watak utama menjadi nadi kepada perjalanan cerita, membawa penonton menyelami pelbagai kisah legenda rakyat dari Asia Tenggara. Lengkap dengan cabaran, makhluk mistik dan keputusan yang kadang-kadang dibuat ikuthati’, bukan fikiran.

Sam, misalnya, merupakan anak tengah dalam keluarga besar dengan sembilan orang adik-beradik. Dengan jumlah itu, nak tarik perhatian pun macam kena ambil nombor giliran, kalau tak memang senyap je hilang dalam crowd.

Namun di sebalik rasa ‘terpinggiritu, Sam sebenarnya seorang yang sangat mahir dengan gajet dan memiliki pengetahuan luas tentang legenda rakyat ibarat Wikipedia versi bergerak.

Hantu Asia Tenggara Lebih ‘Creepy’ Berbanding Barat, ‘Kisah Bawah Tanah’ Animasi Seram Komedi Pertama Malaysia! Angkat Cerita Legenda Rakyat

Kesetiaannya yang tinggi serta kebolehannya kekal tenang ketika orang lain sudah mula panik (atau menjerit dulu barufikir) menjadikan Sam antara watak paling steady apabilaberdepan situasi mencabar di Down Below.

Ina pula merupakan anak kepada Tok Mart yang dianugerahkan sensitiviti luar biasa terhadap aura magis. Dalam bahasa mudah, Ina boleh ‘rasa benda peliksebelum benda itu sempat muncul.

Ads

Keistimewaan ini menjadikannya lebih peka terhadap kehadiran makhluk mistik walaupunrakan-rakannya masih blur dan tertanya-tanya.

Hantu Asia Tenggara Lebih ‘Creepy’ Berbanding Barat, ‘Kisah Bawah Tanah’ Animasi Seram Komedi Pertama Malaysia! Angkat Cerita Legenda Rakyat

Dari segi perwatakan, Ina digambarkan sebagai seorang pemimpin semula jadi yang tegas dan sentiasa on guard.

Dalam kumpulan, dialahkakak kawasan’ yang semua orang harapkan sentiasa bersedia melindungi rakan-rakannya setiapkali bahaya muncul, sama ada dari dunia mistik atau akibatkeputusan Zack yang sedikit terburu-buru tu.

Seorang lagi watak yang tidak kurang mencuri perhatian ialah Zack. Berbeza dengan yang lain, Zack melihat pekerjaannyadi The Mart seperti sebuah pengembaraan dalam permainan video.

Hantu Asia Tenggara Lebih ‘Creepy’ Berbanding Barat, ‘Kisah Bawah Tanah’ Animasi Seram Komedi Pertama Malaysia! Angkat Cerita Legenda RakyatSetiap misi dirasakan macam ‘side quest’, dan setiap masalahpula peluang untuk jadi hero. Zack menyimpan impian besaruntuk menjadi hero pertama di Down Below.

Ads

Walaupun realitinya dia sering terjebak dalam masalah akibat sifatnyayang terlalu optimistik dan agak impulsive, jenis buat dulu, fikir kemudian.

Mudah Didekati Penonton Di Pelbagai Peringkat Usia;

Pendekatan ini menjadikan Kisah Bawah Tanah lebih mudah didekati penonton pelbagai peringkat usia, selain membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali kembali cerita rakyat yang pernah popular dalam masyarakat.

Pada masa sama, siri animasi ini turut mencerminkan usaha berterusan pihak Astro dalam mengangkat cerita rakyat tempatan dengan sentuhan moden agar terus relevan dan mudah diakses oleh penonton masa kini.

Dengan gabungan elemen seram, komedi dan budaya, Kisah Bawah Tanah dilihat sebagai satu lagi langkah kreatif dalam memperkenalkan semula kisah-kisah legenda Asia Tenggara dalam bentuk yang lebih segar dan kontemporari.

Strim Kisah Bawah Tanah setiap Isnin dan Selasa, jam 7 malam menerusi Astro One atau platform sooka.

Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Rakam Seorang Diri Setahun Lalu,” – Idayu Nafi Tumpang Populariti...

Penyanyi Idayu tampil menjelaskan dakwaan yang kononnya dia menumpang populariti penyanyi Singapura, Iskandar Ismail, menerusi pelancaran single duet terbaharu berjudul Mahal.
error: Hello. Cannot.