Instafamous dan usahawan, Syafiqah Aina meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Hafiz Mahamad menghadiahkannya sebuah telefon bimbit terbaru keluaran Apple.
Menurutnya, dia berterima kasih diatas kejutan tersebut walaupun merasakan ianya seperti membazir.
Rasa terharu itu diluahkan Aina menerusi entri terbaru dilaman Instagram miliknya.
Alahai, comel betul pasangan ni kan! Tak henti-henti Hafiz buat kejutan dekat Aina walaupun telah berkahwin. MH doakan semoga hubungan mereka ini kekal bahagia hingga ke jannah. Amin!
Foto: Instagram Syafiqah Aina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran nenek Neelofa.
Lalu, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini telah berkongsi sekeping foto beserta kapsyen yang istimewa buat si ibu.
“Happy Birthday ummie Sayang.. berkat doa abah dan umi dgn segala kebajikan dan kebaikkan ummi abah Allah pertemukan Tini dengan hambanya sebagai suami yg berhati mulia dan anak2 menantu dan zuriat yang terbaik dan soleh solahah,” tulisnya.
Kartini juga turut mendoakan kesejahteraan ibunya itu.
“Alhamdulillah.. moga Allah lmpahi ummi denga redha dan dengan segala kebaikkan pada ummi.. umur yg panjang dan sehat wal afiat .. dan dikurniakan segala nikmat rezeki yang Allah turunkan kemuka bumi ini kepada ummi… semoga segala doa ummi Allah qabulkan, cita2 ummi tercapai dan sempurna segala hajat.. amiin,” tulinsya lagi.
Dalam pada itu, Kartini bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
“Ummi .. terima kasih utk segalanya.. Tini bersyukur pada Allah kurniakan IBU yg sentiasa berada disisi , menyokong setiap apa saja yg Tini cita2, memberi sepenuh kasih sayang pada pada kami dan serta seluruh keluarga.. kasih sayang ummi ,tanggung jawab dan ambil berat setiap benda,tiada nilai utk dipertuturkan dengan kata2,” tulis Kartini.
Susulan itu, gambar tersebut dihujani ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Kartini dan ibunya itu.
Selain itu, Kartini juga sering berkongsi foto bersama ibunya di akaun Instgram.
Pada masa sama, keluarga besar ini juga sedang bersedih apabila datuk mereka yang dipanggil Abah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan.
Foto : Instagram Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Turut sama berbuat demikian adalah pelakon, Arja Lee.
“Allah itu pastinya mendengar doa kami semua dan kerana izinNya jua pasangan ini dah pun selamat ditunangkan sebentar tadi, terima kasih Allah ‘ Alhamdulillah.
“To my lil brother @itsaidilaziz & my lovely sister @fashasandha, I’m so happy for both of u. Syukor and excited menjadi saksi utk detik indah ini. Congratulations guys. Much love #aidilfasha,” tulisnya.
Selain Eina dan Arja, penyanyi, Ani Maiyuni juga turut mendoakan pasangan tersebut.
“Tahniah adik manis cantik dan sepadan bak merpati 2 sejoli. Alhamdulillah, I’m happy for you… Semoga ALLAH lindungi dan berkati mereka berdua @Fashasandha & pakngah Aidil Aziz,” tulisnya.
Apa-apapun, tahniah sekali lagi MH ucapkan buat Fasha dan Aidil, semoga dipermudahkan segalanya dalam fasa pertunangan ini ya!
Foto: Instagram Artis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.