Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
Memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, pelakon Hannah Delisha sering dilabelkan sebagai ‘barbie doll hidup’ dek hidungnya yang mancung dan wajahnya yang comel.
Terbaru, Hannah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya yang melihatkan dia sedang mempromosikan baju tidur bercorak buah strawberi.
Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak kini dikaitkan dengan kisah percintaan dengan pelakon manis berhijab, Mira Filzah.
Apa sahaja yang dilakukan bintang kelahiran Terengganu itu, pasti akan ada netizen yang mengaitkannya dengan Mira.
Lalu baru-baru ini, menerusi akaun Instagram Zizan, bintang Polis Evo 2 ini telah berkongsi sekeping foto yang melihatkan Zizan sedang merenung ‘tajam’ wajah Zahirah.
Justeru, netizen mulai menegur pelakon itu agar bersifat setia. Pulak Dah?
Bagaimanapun, Zizan berbuat demikian kerana ingin mempromosikan filem terbaru mereka berjudul Bulan Dan Pria Terhebat yang dijadual akan ditayangkan tahun depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Syazwan Zulkifly meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir artis baru yang disifatkan tidak boleh menyanyi sebaik versi studio.
Katanya, kebanyakan artis baru ketika ini menyanyikan lagu mereka dengan begitu teruk ketika mebuat persembahan secara lansung.
Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Syazwan menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya.
“Bukan semua, tapi ada segelintir penyanyi sekarang pelik aku. Dekat radio lagu punyalah best. Bila live, mak aiiii. Kalau lari sikit-sikit dari yang biasa dengar kat radio boleh dimaafkan lagi, ini jauh nawww teruknya.
“Aku bukanlah tau sangat pasal muzik, tapi setakat nak dengar suara tu sedap ke tak masih oklah deria aku ni. Aku ni peminat mcm orang lain jugak. Jadi bila aku dah suka dan dah jadi fans lagu tu and tau korang nak perform live, mestilah aku nak dengar and tengok.
“Tapi sedih, Lauttt antartik perginya. Aiyooo, pergi kelas vocal ye adik-adik penyanyi baru and kepada sesiapa yang teringin nak jadi penyanyi tu. Bidang ini perlukan kualiti bukan kuantiti,” tulisnya.
Manakala di laman Twitter pula, tanpa berselindung Syazwan mengkritik nyanyian Sufian Suhaimi ketika menyanyikan lagu Di Matamu di separuh akhir Muzik-muzik ke-33.
Kenapa mamat ni nyanyi lagu Zamani #dimatamu kat semi final tak sedap yeh? Eh jap lagu ni lagu siapa?aiyooo.. kalau dah sesiapa pun boleh jadi penyanyi macam ni la gamaknya. Ada duit,beli lagu best dari good composer,masuk studio record and 'yes, aku dah jadi penyanyi'. WTF!!
“Kenapa mamat ni nyanyi lagu Zamani #dimatamu kat semi final tak sedap yeh? Eh jap lagu ni lagu siapa? Aiyooo, kalau dah sesiapa pun boleh jadi penyanyi macam ni la gamaknya.
“Ada duit, beli lagu best dari good composer, masuk studio record and ‘yes, aku dah jadi penyanyi’. WTF,” katanya lagi.
Bagi MH, citarasa seseorang itu mungkin berbeza. Namun, tidak salah untuk kita mengkritik, tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
Foto: Instagram Syazwan Zulkifly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.