Penyanyi rap, Joe Flizzow mendedahkan sewaktu dia masih di sekolah menengah, seorang guru pernah berkata kepadanya bahawa dia hanya akan menjadi seorang penjual burger sekiranya dia ingin meneruskan cita-citanya sebagai bintang rap.

Menurut Joe, ramalan guru tersebut ternyata benar selepas perusahaan burger miliknya kini telah berjaya memenangi sebuah program yang dianjurkan oleh syarikat jenama minyak terkenal dunia, Shell.

Jelas penyanyi lagu Sampai Jadi itu lagi, diatas kejayaan tersebut, produk burgernya akan dipasarkan di hampir 650 kiosk Shell di seluruh negara.

”Guru Kata Saya Akan Jadi Penjual Burger Kalau Terus Jadi Penyanyi Rap”, – Joe Flizzow Bukti Jual Burger Boleh Berjaya, Produk Akan Ada Di 650 Kiosk Shell

IKLAN

“Semasa di sekolah menengah, seorang guru pernah beri tahu saya, saya akhirnya hanya akan menjadi penjual burger untuk meneruskan kehidupan sekiranya saya masih memilih untuk meneruskan karier sebagai penyanyi rap.

“Ternyata ramalannya betul. Saya merupakan pemenang Realisasikan Impianmu Bersama Shell. Joe’s Burger akan berada di 650 kiosk stesen minyak Shell diseluruh negara tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada pihak Shell, Shahiran Huzaini dan seluruh tenaga kerjanya diatas inisiatif ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang lain juga. Let’s go. Chasing dream sampai jadi,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh Joe menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Joe turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak Shell kerana memperkenalkan inisiatif tersebut.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Joe diatas pencapaian tersebut.

”Guru Kata Saya Akan Jadi Penjual Burger Kalau Terus Jadi Penyanyi Rap”, – Joe Flizzow Bukti Jual Burger Boleh Berjaya, Produk Akan Ada Di 650 Kiosk Shell ”Guru Kata Saya Akan Jadi Penjual Burger Kalau Terus Jadi Penyanyi Rap”, – Joe Flizzow Bukti Jual Burger Boleh Berjaya, Produk Akan Ada Di 650 Kiosk Shell

Sumber: Instagram Joe Flizzow

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI