Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan berkongsi khabar gembira arpabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada tanggal 7 November lalu.

Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, isteri dan anak lelakinya itu berada dalam keadaan yang baik dan kini telah pun pulang ke rumah.

“Alhamdulillah he’s arrived! On the 7th November at 10.55am our 2nd baby was born! Both baby and Ibu are fit and healthy and back at home now.

“Mr Zayne’s so excited and happy about having a little brother (maybe a bit too excited!),” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh lelaki England yang fasih dengan loghat Terengganu itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Mat Dan turut menitipkan ucapan penghargaan kepada doktor dan semua staf hospital yang telah menjaga isterinya itu sepanjang tempoh bersalin.

“Thanks to all the Doctors and Nurses and hospital staff who looked after us and delivered our baby safely!!!

“Thanks too to everyone at @joie_malaysia for helping me choose the best car seat to bring baby home in!!

“Stay tuned for more photo’s soon!!
P.s. Well done Ibu, you were amazing,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut melahirkan rasa teruja mendengar perkhabaran tersebut.

Terdahulu, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan wanita tempatan, Nadifa Adnan pada tanggal 12 Mac 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Zayne Tyler yang kini baru berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Mat Dan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI