Penyanyi, Raja Syahiran ada menitipkan ucapan teristimewa buat pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28, hari ini.
Menerusi satu entri di Instagram, bintang berusia 27 tahun itu mendoakan agar semua impian dan cita-cita kekasih hatinya itu berjaya direalisadi.
Lebih manis, Uyaina turut disifatkan Syahiran sebagai soerang wanita yang sangat berbakat dan memiliki semangat kerja kuat.
“Happy birthday Uyaina Arshad. May you achieve all your dreams. You’re such a hard working and talented person.
“May you”ll always be under His blessings and protection. I”ll always have your back,” tulisnya.
Pada masa sama, rata-rata peminat memuji pasangan selebriti ini kelihatan sangat secocok bersama.
Terdahulu, media melaporkan kedua-duanya mulai rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing sekitar September lalu.
Foto: Instagram Raja Syahiran
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Panggilan keluarga Beritahu Abah Suruh Pulang,” – Kurang Seminggu Bernikah, Pelakon Aman Nassim Terima Berita Bapa Tenat Akibat…
Pelakon dan penyanyi, Aman Nassim menerusi Harian Metro hari ini mengakui rasa tidak sedap hati apabila bapanya yang menderita akibat kanser telah memanggilnya pulang ke Johor Bahru selepas mendapat panggilan telefon dari keluarga kelmarin.
Katanya lagi, bapanya telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada Sabtu lalu bagi menjalani rawatan darah kerana menghidap kanser.
Lebih memberi kesan, ia berlaku kurang seminggu daripada tarikh akad nikah bintang berusia 29 tahun itu bersama pasangannya, Baizura Ghani yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
“Abah dimasukkan ke wad pada Sabtu lalu untuk menjalani rawatan darah kerana dia menghidap kanser.
“Tapi pada kelmarin, saya dapat panggilan daripada keluarga memberitahu abah menyuruh saya pulang ke Johor Bahru dengan segera.
“Ketika mendapat panggilan itu, saya sudah rasa tak sedap hati dan sebaik saja tiba di hospital semalam, doktor memberitahu kuman sudah merebak cepat ke dalam saluran darah,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, Aman turut menambah, bapanya sempat bertanya mengenai persiapan perkahwinan.
“Setengah jam selepas perbualan itu, abah terus lemah dan doktor terpaksa memberikan alat bantuan pernafasan sehingga ke hari ini.
“Doktor kemudian memberitahu tahap ‘survivor’ abah hanya dalam lima peratus dan terpaksa menahannya di dalam inkubator,” jelas Aman yang turut buntu sama ada mahu meneruskan majlis perkahwinan atau sebaliknya.
Aman turut menjelaskan, jika keadaan memaksa, dia mungkin meneruskan majlis akad nikah saja pada sebelah pagi Sabtu.
Sementara sesi esepsi akan ditunda ke tarikh lain yang sesuai.
“Ahli keluarga lain menasihati supaya tetap meneruskan perkahwinan walau apa pun yang berlaku,” akhiri Aman.
Foto: Instagram Aman Nassim/ Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Silap ‘Deactivated’ Akaun Sebab…,” – Scha Al-Yahya Perjelas Isu Instagram ‘Hilang’
Akaun Instagram milik pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sejak semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat.
Ini kerana, akaun bintang berkenaan iaitu @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu sudah tidak boleh diakses hingga ada warganet yang mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan mula bertanya mengenai perkara tersebut kepada suami Scha, Awal Ashaari di media sosial.
Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran terakhir Scha pada petang Khamis dengan kapsyen, ‘I’ve had enough’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat risau.
Lalu, ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial.
Scha, 37, berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika hendak membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.
“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.
“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula.
“Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya.
Bagaimnapun para peminat turut mendoakan kesihatan Scha yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Yang Ni Cikgu Dia, Even Nazak Pun Aku Datang Ahh,” – Cikgu Ini Pula Jadi Perhatian Gara-Gara Ada Iras Hael Husaini?
Memuatnaik sekeping klip menunjukkan soal siasat antara cikgu dan murid tahun satu, cikgu Instafamous, yang dikenali sebagai Namie mendapat perhatian netizen.
Semuanya gara-gara dia dikatakan mempunyai wajah iras kepada penyanyi Haram, Hael Husaini.
“Kawan pukul sakit x?
“SAKIT.
“Kamu pukul sakit x?
“X SAKIT.
“Mcm ni lah ragam budak-2
*This kid too cute to handle,” katanya menerusi video berkenaan.
Lalu, sedutan video yang mendapat hampir 300,000 tontonan ini dilihat cukup mencuit hati netizen.
Selain kelihatan comel dengan gelajat kanak-kanak yang disoal, ada juga yang menonton gara-gara wajah tampan si cikgu, siap ada kumis lagi!
Apa yang lebih melucukan, Datuk Seri Vida turut dikaitkan apabila wajah murid itu seakan-akan wajah anaknya, Kacak.
Ulas netizen, jika cikgu begini yang mengajar di sekolah, sakit teruk sekalipun mereka pasti akan datang.
Foto – Instagram Namie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI