Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi berkongsi video menyayat hati yang memaparkan kelakuan anaknya, Ayden yang menangis teresak-esak kerana terlalu merindukan ayahnya, Aliff Aziz yang kini berada di Singapura.

Menurut Bella, setiap kali Ayden meluahkan rasa rindu terhadap Aliff, dia terpaksa menggunakan pebagai cara untuk membuatkan anaknya itu faham dengan situasi yang mereka lalui ketika ini.

“Semoga COVID-19 cepat berlalu pergi. Every time Ayden nangis nak daddy I kena pujuk dia macam-macam and make him understand

IKLAN

“I’m sorry son, InshaAllah semoga Allah permudahkan urusan daddy kesini,” tulisnya.

Video berdurasi 16 saat itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi akaun Twitter miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Bella turut memanjatkan doa semoga pendemik Covid-19 ini dapat berakhir dengan segara agar keluarganya itu dapat disatukan semula dengan Aliff.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut berharap agar Bella kuat menghadapi dugaan ini.

IKLAN

“I Kena Pujuk Dia Macam-Macam,” – Anak Menangis Rindukan Bapa, Bella Astillah Doa Urusan Aliff Aziz Ke Malaysia Dipermudah “I Kena Pujuk Dia Macam-Macam,” – Anak Menangis Rindukan Bapa, Bella Astillah Doa Urusan Aliff Aziz Ke Malaysia Dipermudah

Terdahulu, Aliff kini difahamkan masih masih menunggu kebenaran untuk datang ke Malaysia memandangkan pintu sempadan kedua-dua buah negara masih lagi ditutup gara-gara penularan wabak Covid-19.

Sumber: Twitter Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI