Tidak dinafikan setiap kali menjelang Ramadan, pastinya sedutan salah satu episod sitkom Jangan Ketawa yang bersiaran sekitar 90-an lalu iaitu ‘Pil Puasa’ akan kembali viral dan dikongsi pengguna media sosial.

Semuanya gara-gara ‘pil ajaib’ yang dikatakan mampu untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga sepanjang menjalani ibadah puasa berjaya mencuit hati ramai.

Mengimbas kembali memori saat melakonkan babak lucu itu, Dee Jangan Ketawa atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, topik tersebut dilakonkannya lebih 28 tahun lalu selepas mendapat idea dari rakan pelakon, Moon.

“Kalau tiba sahaja puasa, sedutan video tu akan mulai viral dan views pun kian meningkat. Terpranjat juga Abang Dee. Jadi tahun ini nak tengok lagi setakat mana episod tu boleh pergi.

“Seingat saya, kami shoot ‘Pil Puasa’ tu sekitar tahun 1991. Ideanya ialah begini pada waktu itu bulan puasa dan arwah Moon (rakan pelakon) dia ada cakap penatnya nak berlakon dengan puasa lagi.

“Kalaulah ada sejenis pil yang kita letak dalam air dan minum terus kenyang sampai malam. Kemudian pengarah kata itu idea yang bagus dan kita boleh shooting kisah tersebut dijadikan salah satu episod. Lalu pihak produksi terus sediakan jalan cerita dan sebagainya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, Dee temui media pada majlis memperkenalkan duta jenama SecretModes by Asfarena iaitu penyanyi senior, Salamiah Hassan di Shah Alam, minggu lalu.

Guna ‘Eno’, Letak Dalam Gelas Berisi Air Dan Jadilah Seperti Yang Ditonton Sampai Sekarang,” – Dee Dedah Di Balik Rakaman ‘Pil Puasa’ Dalam Jangan Ketawa

“Jadi begitulah ceritanya. Kami gunakan ‘Eno’, letak dalam gelas berisi air dan jadilah sepertinya yang kalian tonton sampai sekarang.

IKLAN

“Idea tersebut dilakukan secara spontan memandangkan kebanyakan idea dalam segmen Jangan Ketawa dulu pun tanpa skrip.

“Kami berbincang dan lontar idea nak buat apa. Kadang-kadang satu topik yang kita bincang tu akan jadi dua tiga episod lain,” akhiri Dee yang turut merakamkan rasa syukur kerana rezeki tidak putus dalam menerima pelbagai tawaran pengacaraan.

View this post on Instagram

Puasa tanpa Pancaroba ?

A post shared by DEE DEE /Syed Muradzi (@deejanganketawa) on

IKLAN

Sementara itu, Dee juga baru-baru ini ada berkongsi mengenai sedutan video yanv diperkatakan itu di Instagram.

Lalu, rata-rata pengguna media sosial yang terhibur turut membayangkan sitkom tersebut antara program lawak yang legend.

Guna ‘Eno’, Letak Dalam Gelas Berisi Air Dan Jadilah Seperti Yang Ditonton Sampai Sekarang,” – Dee Dedah Di Balik Rakaman ‘Pil Puasa’ Dalam Jangan Ketawa Guna ‘Eno’, Letak Dalam Gelas Berisi Air Dan Jadilah Seperti Yang Ditonton Sampai Sekarang,” – Dee Dedah Di Balik Rakaman ‘Pil Puasa’ Dalam Jangan Ketawa

Foto: Instagram Dee Jangan Ketawa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI