Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Port Dickson, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan terus memberikan khidmat bakti terhadap kawasan yang bakal diwakilinya itu

Menurut Ahmad Idham, dia mahu memberikan lebih fokus terhadap gerak kerja bagi memenangi hati para pengundi berbanding hanya sekadar memberikan janji-janji semata-mata.

“Gerak Kerja Lebih Bermakna Berbanding Kata-Kata,” – Sifatkan Cabaran Lebih Besar, Ahmad Idham Sedia Gempur Di Port Dickson

“Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.

“Hari ini saya telah diberikan amanah yang besar sebagai calon P132 Parlimen Port Dickson oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad selaku Pengerusi Gerakan Tanah Air.

“Saya sentiasa berpegang kepada bicara gerak kerja lebih bermakna berbanding hanya ungkapan kata- kata,” katanya dalam satu kenyataan media.

IKLAN

Tambah pelakon yang popular menerusi sitkom Spana Jaya ini lagi, tanggungjawabnya kini sudah jauh lebih besar dan bukan hanya memfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata.

“Gerak Kerja Lebih Bermakna Berbanding Kata-Kata,” – Sifatkan Cabaran Lebih Besar, Ahmad Idham Sedia Gempur Di Port Dickson “Gerak Kerja Lebih Bermakna Berbanding Kata-Kata,” – Sifatkan Cabaran Lebih Besar, Ahmad Idham Sedia Gempur Di Port Dickson

Malah, dia juga mahu memperkasakan agenda meningkatkan tahap kehidupan penduduk di lokasi percutian popular itu jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan untuk meneruskan gerak kerja yang telah saya mulakan dengan lebih luas bukan hanya menfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata.

IKLAN

“Sebaliknya turut menyasarkan kepada rakyat dan penduduk di Port Dickson secara keseluruhannya.

“Kestabilan ekonomi, penyelesaian permasalahan utama di sini, menggencarkan aktiviti pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam serta menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas merupakan antara perjuangan utama yang sedang saya perjuangkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memanjatkan doa agar segala urusannya menjelang PRU ke-15 itu akan dipermudahkan.

IKLAN

“Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan amanah ini dengan baik kepada masyarakat disini,” akhirinya.

Pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA, dua nama besar dunia seni iaitu Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof telah menarik perhatian ramai pihak.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

“Gerak Kerja Lebih Bermakna Berbanding Kata-Kata,” – Sifatkan Cabaran Lebih Besar, Ahmad Idham Sedia Gempur Di Port Dickson

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI