Setelah hampir setahun membuat persiapan rapi, kumpulan wanita baharu, Stellar akhirnya melakukan debut mereka menerusi single pertama yang berjudul Where You Wanna Go.
Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang.
Menurut salah seorang anggotanya, Farisa, lagu ini sarat dengan mesej untuk menaikkan semangat para wanita agar mereka berasa ‘berkuasa’ bagi menentukan kehidupan mereka sendiri.
“Sesetengah wanita, ada kalanya mereka sering teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan. Rasa ragu-ragu selalu membataskan mereka untuk menjalani kehidupan seharian.
“Jadi, lagu ini secara keseluruhannya mengajar kita untuk sentiasa yakin dengan diri. Antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti ‘Akulah ratu, dan raja sekali’. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik.
“Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk menghadapi apa pun dugaan hidup yang mendatang,” katanya mewakili Stellar.
Dalam pada itu, Stellar turut mendedahkan mereka sudah bersedia daripada segi mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan sama ada mereka bakal disukai atau tidak menerusi single pertama ini.
Ads
“Kami memang sudah bersedia dari segi mental. Sejak kami buat keputusan untuk terjun ke dalam industri, kami sudah tahu yang ini merupakan antara cabaran yang harus kami lalui.
“Ahli keluarga kami juga faham dengan situasi ini. Orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja. Komen-komen yang baik kami akan terima. Kalau yang berbaur negatif pula, mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata seorang lagi ahli kumpulan Stellar, Hasya.
Dalam pada itu, Stellar juga menyuarakan keyakinan bahawa mereka juga mampu bersaingan dengan kumpulan-kumpulan wanita lain yang telah terlebih dahulu menempa nama sebelum mereka.
Ads
Kami akui kumpulan wanita memang sedang menjadi trend. Mereka juga inspirasi kami. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kami? Saya yakin kumpulan ini boleh pergi jauh.
Kalau orang luar nak banding-bandingkan kami dengan kumpulan lain. Itu terserah mereka. Realitinya kami memang ingin bersaing tetapi secara positif.
“Dulu kami tubuhkan kumpulan ini hanya suka-suka tetapi bila diberikan peluang seperti ini, kami tidak mahu persiakan. Kami berkawan sejak sekolah dan kami seronoknya untuk berjuang bersama-sama,” tambah Farisa lagi.
Sementara itu, tanpa berselindung, Stellar juga mendedahkan mereka mempunyai impian agar nama mereka terus dikenali di seluruh dunia satu hari nanti.
Ads
“Jauh disudut hati, saya mahu Stellar dikenali sehingga peringkat global. Saya yakin dengan perkara ini.
“Kami ada memasang impian untuk membuat persembahan di festival muzik popular dunia, Coachella. Tak salah pun nak bemimpi. Ia impian jangka masa panjang kami,” kongsinya Hasya lagi.
Terdahulu, Where You Wanna Go merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Shazee.
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 25 November lalu dan boleh didengari menerusi seluruh platform penstriman muzik.
Manakala muzik video oula sudah boleh ditonton di saluran Youtube Stellar Official VEVO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara keadaan rumah yang tidak bersih, pelakon Tiz Zaqyah akui dirinya masih trauma dengan situasi berkenaan ketika berada di sebuah lokasi penggambaran.
Tulisnya menerusi satu status yang dilayangkan di Twitter, adalah tidak salah sekiranya pemilik yang difahamkan seorang wanita untuk membersihkan sedikit kediaman kerana mengetahui proses penggambaran akan dijalankan di rumah terbabit.
“Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu!
”Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor. WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah,” tulisnya.
Tiz berkongsi pengalaman dan pandangannya itu menerusi platform tersebut pada Rabu.
Bintang berusia 32 tahun itu bagaimanapun, dia tidak pula menyatakan secara terperinci mengenai lokasi penggambaran yang dimaksudkan.
Meninjau di ruangan komen, ada di antara peminat yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan bintang Nur Kasih itu.
Masih trauma dengan toilet rumah berlendir berkulat😭 awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu ! Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor. WHY! Dah tau orang nak shooting kat rumah you, clean up a bit tak salah 😭
Pelakon, Hafreez Adam mengakui berasa amat teruja apabila dikurniakan rezeki untuk menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru jenis Honda HRV.
Menurut Hafreez, dia sememangnya sudah lama berhajat untuk menghadiahkan ibunya itu sebuah kereta baru sebagai tanda penghargaan kerana telah membesarkan dia dan adik beradik lain tanpa mengenal erti penat lelah.
“Bismillahhirrahmannirrahhim. Surprise ma! As a son, tak ada benda lain yang Abe nak buat selain happy kan my mom yang dah susah payah besarkan kitaorang adik beradik ni sendirian.
“I’ve been meaning to give her a car, cuma tahun ni baru ada rezeki. Alhamdullilah. But before Abe bagi kereta dekat my mom, Abe pergi send untuk wrap dulu dekat @r124autoart.official .
“Panjang ceritanya, next okay Abe cerita, but Alhamdullilah, menjadi surprise ni, thanks to @r124autoart.official yang bagi idea cara nak surprise kan my mom tu,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gantung itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hafreez turut memberitahu, selagi hayatnya masih ada, dia akan sentiasa berusaha untuk membahagiakan ibunya itu dalam apa jua cara sekalipun.
“Thanks to my siblings sebab sama sama usaha untuk happy kan our mom. and to our mom, we just wanna say we love you so much! Thanks for everything! more to come for you, InsyaAllah.
“Alhamdullilah. Dear Mom, We just want you to know that we love you so much. Enjoy your new ride ma! More to come for you, InsyaAllah.
“P/s: my mom ni susah nak menangis kalau kitaorang adik beradik surprisekan dia. Bagi phone, dia relax, deco bilik dia pun dia relax. But this one, swipe left tengok mama nangis dapat kereta baru dia,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Hafreez akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Hebat kamu adik, alhamdulillah syukur.
“MashaAllah Alhamdulillah abang for this.
“May Allah bless you with so much more.
“Proud of u my brother. With all love, semoga Allah murahkan rezeki semua Aamiin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, nama Hafreez mula dikenali selepas dia menyertai program pencarian bakat, Hero Remaja 2011/12 sezaman dengan Syafiq Kyle, Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.
Sumber: Instagram Hafreez Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, isu mengenai segelintir pendakwah bebas atau penceramah yang tidak dibenarkan muncul di sesebuah stesen televisyen kononnya diatas arahan pihak-pihak tertentu menjadi antara isu hangat yang diperkatakan netizen.
Mengulas mengenai isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berpandangan semua pihak harus memainkan peranan agar masyarakat kita tidak berpecah belah disebabka is n agenda-agenda tertentu
“Kita kena satukan ummah dengan ilmu. Banyak perkara kita berdebat, bersanggah dan berselisih kerana kurangnya ilmu. Ditambah pula sifat kita yang suka mendengar sebelah pihak sahaja, mentaksub dan kurang membaca.
“Ia menjadikan kita generasi ummah yang memecahkan termasuklah dari kalangan asatizah dan penonton. Penonton kita perlukan ilmu. Antara rujukan mereka adalah daripada program agama di televisyen dan para asatizah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Namanzee turut merasakan para panel jemputan bukan sahaja harus menunjukkan contoh yang baik di televisyen tetapi juga di media sosial.
“Pedekatakan TV Alhijrah mudah sahaja. Asalkan meraka masih dalam kerangka ahli sunnah wal jamaah Malaysia. Kita juga perlu menilai setiap faktor sebelum memilih mana-mana panel jemputan.
“Terus terang saya katakan, kita juga harus memantau perangai dan sifat mereka di media sosial.
“Kalau seseorang asatizah itu adabnya tidak mendepani apa yang kita hasratkan iaitu satukan ummah dengan ilmu dan suka berdebat atau bergaduh tentang perkara-perkara tidak mendatangkan manfaat, ia akan mempengaruhi faktor pemilihan,” ujarnya lagi.
Berperanan sebagai sebuah stesen televisyen bersifat umum, Namanzee berkata, segala panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, hendaknya sentiasa dipatuhi.
“Para panel juga harus menghormati mazhab-mazhab yang lain. Mereka juga harus mengikuti kerangka Kerajaan Perpaduan.
“Tv dan sosial media ini bersifat umum. Yang akan melihat kita adalah para ibu bapa di kampung serta anak-anak yang dahagakan ilmu.
“Kami perlu letakkan para asatizah yang ilmunya terzahir bukan sahaja di tv tapi juga di media sosial. Itu yang akan kami perketatkan. Kami media yang bersifat umum.
“Ada isu yang harus dibahaskan dengan ahli sahaja dan ada juga isu asas syariat yang perlu kita fokuskan di tv. Seseorang yang keluar di Tv Alhijrah bukan sahaja perlu menjadi guru di alam realiti tetapi juga di alam maya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya,...