Setelah kali terakhir datang ke Malaysia pada tahun 2013, band popular Indonesia, Gigi akhirnya kembali mengubati kerinduan peminat setia yang hadir ke konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur yang berlangsung di The Zepp KL, malam tadi.
Bermula 8.30 malam, hampir kesemua ruangan di Zepp KL dipenuhi oleh peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat band asal Bandung, Indonesia itu beraksi.
Pihak media pula telah pun diberikan keistimewaan untuk menyaksikan Gigi dengan lebih dekat untuk lagu yang pertama.
Gelanggang ‘Nakal’ dibuka dengan lagu-lagu popular iaitu Ooo…Ooo…Ooo, Terbang, KYK dan Damainya Cinta, seleksi awal tersebut nyata telah menaikkan adrenalin para peminat yang sudah berkampung di sana sejak petang.
Perbualan pertama diantara vokalis Gigi, Armand Maulana dengan para penonton bermula dengan satu permohonan maaf.
Menurut Armand, dia sedikit kecewa kerana pada saat-saat akhir, dia telah diserang sakit tekak yang agak teruk sehingga menyebabkan nyanyiannya terganggu.
“Sudah sembilan tahun kami tidak kota tercinta ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya kerana tidak berada dalam kondisi yang sihat.
Ads
“Saya mengalami gejala batuk yang teruk. Yang beragama Islam, saya minta anda selawat agar saya dapat menyanyi hingga ke akhir komsert.
“Kalau ada masalah pada suara saya, saya akan hulur mikrofon dan bantulah saya menyanyi. Saya tak kisah andai anda mengkritik saya di media sosial kerana ini memang silap saya,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan tersebut dilihat langsung tidak menjejaskan persembahan Gigi sebaliknya mereka tampak lebih bersemangat untuk tidak menghampakan para peminat yang sudah membeli tiket.
Semangat tidak mengalah yang ditunjukkan oleh Armand itu sememangnya wajar diberikan pujian.
Kemeriahan Konsert Gigi tidak terhenti di situ selepas vokalis band popular Indonesia, Cokelat, Kikan Namara turut membuat kemunculan istimewa dengan menyanyikan lagu Andai.
Ads
Jelas Kikan, dia menyifatkan Gigi sebagai sebagai band idola yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sejak awal Cokelat ditubuhkan.
Usai merawat rindu, suasana yang tadinya gamat berubah menjadi ‘galau’ apabila Gigi membawakan lagu-lagu yang menjentik emosi para penonton seperti My Facebook, Hinakah, Bisa Saja dan Janji.
Seperti yang MH katakan tadi, suara Armand nyata tidak berubah secara ketara meskipun ketika membuat persembahan secara akustik.
Sewaktu membawakan lagu Setia Bersama, Armand sempat menyatakan harapan agar Indonesia dan Malaysia akan sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan sentiasa bersatu di bawah satu rumpun.
“Daripada dulu sampai sekarang, ada sahaja pihak-pihak yang membuat provokasi dan inginkan pergaduhan. Lagu ini saya persembahan buat kita sesama saudara.
Ads
“Kita boleh berbeza pandangan tetapi haris tetap setia, bersama dan menyayangi,” kongsinya lagi.
Menutup persembahan, seluruh dewan gamat dan penonton turut sama-sama menyanyi tatkala lagu 11 Januari dan Nakal.
Konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Global dengan kerjasama Yolo Malaysia.
Sekadar informasi, Gigi telah ditubuhkan secara rasmi pada 1994 dan telah pun memiliki lebih 15 album.
Gigi dianggotai oleh Armand (vokalis), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (base) dan Hendy (drum).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Photo kredit: Tanjak Global
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model Ahya Rosli mengakui bahawa setiap perhubungan rumah tangga pasti akan melalui detik masa yang begitu pantas.
Katanya, tatkala setiap pasangan gembira, pasti masa akan ‘mencemburui’.
“Bila kita happy , masa tu rasa cepat berlalu . Coba bila kita tengah menunggu , seminit pun rasa lama kan . Tapi itulah hakikat sebuah percintaan. I love u babyyyyy. Always. You’re the best wife, Shahirah,” tulisnya.
Masih bergelut menjalani rutin sebagai ibu kepada dua cahaya mata, pelakon dan hos, Raja Farah menerusi posting di Instagram ada menjelaskan, anak sulungnya iaitu Imran mula mahu raih lebih perhatian selepas kelahiran adiknya.
Tulis Farah, dia tidak betah memegang Ilham gara-gara ragam si sulung yang baru berusia tiga tahun itu.
Namun pelakon ini tetap memilih untuk mendahulukan Imran kerana si kecil masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
“Imran skrg selalu jugak cranky…he demands my attention so much..like all the time he wants me to layan him, play with him, watch tv with him…and I can’t even hold or carry the brother, ilham…klu dukung je ilham, Imran akan say “no mama..kakak dukung adik…” (kakak is our helper).
“Nak tak nak, kena jugak layan Imran more than ilham…sbb for now ilham masih kecik, he don’t know anything yet,” luahnya.
Bagaimanapun ulas Farah, Imran seorang abang yang baik dan sering membantunya menjaga si kecil yang baru berusia tiga bulan.
“But so far Imran been a very good big brother to ilham..he will layan baby talk with ilham, he will try to feed ilham bottle, he will try to calm ilham down when he is crying…so above all, I’m feeling so grateful & thankful to Allah…he is the best planner of all..Syukur Alhamdulillah.
“Raising kids can be so tough & hard…but always remember to keep calm, to always bersyukur to Allah…and always be positive that Allah will ease our journey in raising our kids…InsyaAllah…
“Any of you guys facing the same situation like me.? Anak sulong dah mula cranky bila dah ada adik..? Share please. #rajafarah #theimraniskandar,” tulisnya panjang lebar.
Satu tips yang bagus dari Raja Farah, dahulukan anak sulung selepas kelahiran anak kedua kerana mereka sedang bergelut dengan emosi dan prasangka bahawa perhatian dan kasih sayang telah beralih kepada si kecil.
Foto : Instagram Raja Farah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi perihal jam berjenama mewah miliknya yang disifatkan sebagai perkenalan pertama dengan jam tangan.
Jelasnya, dia berusaha keras untuk mencapai impian memiliki aksesori tersebut walaupun terlalu mahal.
Menurut Aliff lagi, perkongsian ini sekadar memberi inspirasi dan tambahnya lagi, tidak rugi membeli jam Rolex kerana nilainya sentiasa meningkat.
“Banyak cerita dengan jam lama ni. Masa ni saya baru mengenali apa itu jam tangan dan baru nak merasai menjadi orang baru nak up… So, saya belilah jam ni dulu saya rasa terlalu mahal.. takut nak beli tapi saya tekad utk usaha sampai dpt.. jadi saya kerja keras.. Sekarang ni pun nak pakai rasa malu sangat macam pak cik-pak cik sangat.
“Tak tahu kenapa dulu saya suka jam macam ni. sekarang saya nak pakai rasa segan mcm atok2.. jam ni mengimbau kenangan saya pada mula perniagaan .
Saya yakin sesiapa yang berniaga mesti nak memiliki jam rolex hanya sekadar hobi sahaja.
“Semoga perkongsian ini boleh memberikan inspirasi kepada anda. Tidak rugi pun beli jam kerana makin lama makin mahal.
“Sekarang harga jam ni naik mendadak melebihi 40% pada harga asal. Syukur Alhamdulillah,” kongsi bapa kepada lima cahaya mata ini jujur.
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.