Pelakon yang popular menerusi siri Power Rangers, Jason David Frank dilaporkan meninggal dunia di Texas, Amerika Syarikat semalam.

Malah, berita sedih itu turut disahkan oleh wakilnya, Justine Hunt.

Dalam pada itu menerusi TMZ, sumber mendakwa punca kematian pelakon berusia 49 tahun itu disebabkan bunuh diri.

Pelakon Walter Jones yang memegang watak rangers berwarna hitam dalam siri Mighty Morphin Power Rangers (MMPR) pula dalam satu kenyataan menyifatkan kehilangan Jason akan dirindui.

IKLAN

“Dia banyak beri inspirasi kepada ramai orang. Dirinya pasti akan dirindui. Sangat sedih kehilangan seorang lagi ahli keluarga Ranger.

“Jason salah seorang watak penting. Kami berkongsi jatuh dan bangun akan tetapi saya sentiasa pinjamkan telinga kalau dia perlukan. Doa saya untuk keluarganya dan yang akan merinduinya,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Terdahulu, watak Tommy Oliver lakonan Frank digambarkan sebagai penjahat pada awal musim siri berkenaan sebelum dia menyertai Power Rangers sebagai Ranger Hijau.

Walaupun asalnya watak itu tidak dikekalkan lama, Frank kemudian ‘dihidupkan’ kembali memegang watak Ranger Putih dan menjadi ketua kepada kumpulan terbabit.

IKLAN

Mendiang turut membuat kemunculan khas dalam filem terbitan semula Power Rangers pada 2017 dan turut aktif dalam aktiviti seni pertahanan diri sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber, Foto: TMZ, Hollywood Live, Getty Images

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI