
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan, 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.
“Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.
“Terima kasih di atas doa anda semua,” tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram kedua miliknya, @miyebersare.
Terdahulu, menerusi akaun Instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.
Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah.
Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mia Sara
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terharu Dapat Suami Macam Abang,”- Mawar Rashid Puji Suami Sempena Hari Bapa, Romantiknya

Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa Sedunia bagi menghargai jasa dan pengorbanan bagi insan yang bergelar seorang bapa.
Pelakon Mawar Rashid sempat menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya, Raf Yaakob kerana telah menjadi seorang bapa yang terbaik buat anak-anaknya.
Di samping itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri turut memuji suaminya menerusi entri tersebut.
“Happy father’s day to our King @rafyaakob Anje sangat2 adore kasih sayang Abang kat anak2 semua. Macam Anje selalu cakap, Abang very attend to them, tu sebab anak2 pun semua rapat ngan abang, manje ngan Abang.
“Anje adore macam mana Abang bahagikan masa kepada Anje, Anak2, ibu Abang, family Anje, kerja2 Abang. Walaupun kita kat keluar, Abang pun tak boleh keluar lama2 sebab teringat kat anak2.
“Terharu dapat suami macam Abang yang utama kan we all lebih dari segalanya. Sebab tu bila ada anak ngan Abang, Rafael is Raden kecik ni,
“Anje happy sangat2 sebab dapat tengok kasih sayang Abang kepada Rafael bagai menatang minyak yang penuh. Macam mana
“Abang sayang dengan @radenrayyanraf & @raysaachanelaraf . Abang layan kami semua sama rata, Itu yang sangat penting.
“Lucky Rafael & anak2 dapat papa @rafyaakob . Looking forward to raise the kids sampai anak2 besar.
“And by that time we all semua still pegang tangan and sweet macam sekarang.
Thank you for everything papa. We love you so much! #HappyFathersDay
“Sorry kalau ayat berpanjangan sangat, I want to express my feelings towards you, but kata2 pun tak dapat ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya to have someone like you as my husband and father to the kids @rafyaakob”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar mahligai yang dibina oleh Mawar dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2017.
Foto : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Dengan Awak, Mesti Ayah Setuju,” – Video Bersama Seorang Gadis Tular Di TikTok, Fizi Ali Dikritik Cepat Move On?

Sejak semalam, nama penyampai radio, Fizi Ali hangat diperkatakan netizen selepas sepotong videonya bersama seorang wanita tular di aplikasi Tik Tok.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Fizi dan wanita berkenaan mengenakan pakaian sedondon bewarna putih.
Perbualan di antara Fizi dan pemilik akaun Tik Tok, Cyidashahida itu bermula apabila wanita berkenaan memuat naik sebuah video mengenai harapan bapanya yang ingin melihat dia berjaya di dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Komen yang ditinggalkan Fizi seolah-olah menunjukkan nada hampa kerana wanita berkenaan dilihat belum bersedia untuk menjalin hubungan serius.
Tidak terhenti di situ, wanita tersebut sebaliknya membalas semula komen berkenaan dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan himpunan foto serta videonya bersama Fizi.
Malah, wanita tersebut turut mengatakan bapanya sudah pasti akan bersetuju sekiranya dia dan Fizi ingin menjalinkan hubungan yang serius.
@cyidashahida Reply to @fiziali ayah saya kata oke 🤪 #fyp #foryou #ditaja #esekeli ♬ 1000tahun lamanya by tulus – finn emosi
“Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju,” tulisnya ringkas.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 1.2 juta tontonan di aplikasi Tik Tok dan telah mendapat reaksi bercampur baur daripada banyak pihak.
Malah, ada juga segelintir netizen yang beranggapan Fizi seperti terlalu cepat untuk ‘move on’ daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Namun begitu, tidak kurang juga mereka yang meninggalkan komen positif dengan mendoakan perkara yang baik-baik.
Sekadar informasi, Fizi dan bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Cyidashahida & Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Tak Dapat Tahan Sebak,” – ‘Showcase’ Pertama Buat Fans Sejak Jadi Artis, Air Mata Dolla Tumpah

Semenjak debut pertama dua tahun lalu, sehinggalah dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, kumpulan pop, Dolla belum berkesempatan untuk membuat persembahan khas buat peminat.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa air mata empat orang anak gadis yang terdiri daripada Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby ini mengalir saat mendengar nama mereka dilaungkan di Konsert Mini Showcase Dolla yang berlangsung pada Sabtu.
Mempersembahkan empat buat lagu hit mereka termasuk satu lagu ‘dance cover’ sudah cukup menggamatkan suasana serta menghiburkan hampir 150 penonton yang hadir di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC).
Adrenalin para penonton yang terdiri daripada kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka iDolla turut memuncak saat melihat persembahan bertenaga dan tarian mantap daripada empat ahli kumpulan berkenaan.
Menurut Syasya, kesemua mereka tidak dapat menahan sebak kerana ini merupakan perjumpaan pertama mereka bersama peminat secara empat mata selepas kerap kali tertangguh akibat pandemik Covid-19.
“Kami tidak dapat menahan sebak. Ini adalah momen-momen yang sangat kami nanti-nantikan semenjak Dolla mengeluarkan lagu yang pertama.
“Debut kami adalah ketika PKP. Sejak daripada itu kami tidak berkesempatan untuk membuat persembahan istimewa untuk peminat-peminat kami (iDolla).
“Tiada perkataan yang mampu gambarkan perasaan kami ketika membawakan lagu Berani tadi. Mereka adalah kunci kejayaan kami. Tanpa mereka tak mungkin Dolla sampai ke tahap ini. Kami sangat bersyukur,” katanya kepada MH selepas berakhirnya konsert.
Enggan menghampakan peminat, Sabronzo memaklumkan mereka juga telah membuat latihan secara intensif enam hingga lapan jam sehari.
“Sepanjang minggu ini kami giat berlatih. Dalam satu hari, kami berlatih enam hingga ke lapan jam termasuklah menyanyi dan menari.
“Sebenarnya runtin latihan kami ini memang berterusan. Kami mula serius sebelum cuti Tahun Baru Cina. Kemudian kami sambung semula.
“Melihat peminat gembira sudah cukup melegakan hati kami. Sebagai peminat mereka memberikan sepenuh sokongan dan rasa cinta kepada kami. Mereka beri kami energi untuk membuat persembahan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dolla turut memanfaatkan peluang bertemu peminat selepas berkahirnya konsert tersebut.
Konsert ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi baharu, Juki dengan lagunya yang berjudul Pacu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI