Pelakon remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah tersendiri di dalam profil seninya apabila menjadi pelakon pertama tempatan yang membintangi siri Netflix antarabangsa.
Menerusi siri 13 episod berjudul Mr. Midnight : Beware The Monsters yang telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan 2021 itu, dia diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar.
“Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Dalam masa yang sama, saya boleh cakap tak pernah terbayang untuk sampai ke tahap itu. Umur saya baru 17 tahun ketika itu. Rezeki saya, Alhamdulillah.
“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa macam mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya. Dapat pula berlakon dalam drama bergenre kesukaan saya iaitu seram.
“Tipulah kalau saya cakap tak pernah impi mahu berlakon dengan produksi antarabangsa. Cuma, saya tak sangka rezeki saya datang terlalu cepat,” katanya.
Ads
Dia pada masa sama juga teruja apabila dapat bekerja dengan tiga pengarah hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee-Wei Chai.
Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.
Bukan itu sahaja, Idan akui rasa bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon Caleb Monk, Chen Yixin, Nikki Dekker dari Australia.
Ads
“Saya boleh kata satu kenangan manis dan tak dapat saya lupakan. Dalam usia yang muda dapat bekerja dengan mereka yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Ini satu pencapaian yang tak pernah saya terfikir.
“Selain pengarah dan gandingan pelakon yang mengujakan, cara bekerja mereka juga amat berbeza. Bukan sahaja saya belajar tentang lakonan, saya turut diberikan pendedahan tentang ‘camera work’ dan teknikal lain yang membuatkan saya boleh memahami keseluruhan perjalanan cerita itu,” katanya lagi.
Bercerita lanjut tentang keistimewaan watak Tyar dalam siri adaptasi novel popular di Singapura itu, Idan berkata, Tyar mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus disebabkanketurunan sebelah ibunya adalah dukun.
“Tyar yang berumur 17 tahun tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi tersebut. Bermacam-macam konflik timbul.
“Kalau nak tahu lanjut bagaimana dia berhadapan dengan dunia ghaib tersebut, kenalah tonton nanti,” katanya yang sebelum ini pernah muncul menerusi filem Anak Rimau The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah akui gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang hadir ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) malam tadi.
Ia secara tidak langsung telah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangga ND Lala bersama isteri kini sedang bergolak dan hubungannya bersama Shila juga kurang baik.
Menurut Shila, bapanya yang juga merupakan penyanyi senior itu sememangnya sudah berjanji untuk hadir menonton persembahannya di diperingkat separuh akhir dan final GV9.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” katanya kepada MH usai konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung pada Ahad.
ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah.
Malah, mereka sekeluarga turut diperkenalkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sewaktu di awal konsert.
Sekitar Mac lalu, khabar angin yang mengatakan rumah tangga ND Lala dan isteri sedang goyah nyata bertiup kencang sehingga ada yang mendakwa mereka telah bercerai.
Namun, menerusi beberapa laporan media, Shila telah tampil menafikan segala dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Shila mengakui ibu bapanya itu sedang mengharungi satu fasa yang agak sukar selepas hampir 33 tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Shila telah menepati ramalan apabila berjaya mara ke konsert akhir GV9 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Pada konsert malam tadi, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan sebuah lagi lagu duet bersama Jaclyn Victor iaitu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua di belakang Jaclyn dengan markah 79.20%.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Teman lelaki kepada Allahyarham pelakon Syazlin Zainal, 26, yang dikenali sebagai Shaf Pablo mengakui pemergian kekasihnya itu satu perkara yang cukup berat buat dirinya.
Menerusi perkongsian di IG Story, Shaf menulis luahan perasaannya sebaik jenazah Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka duka dna gembira kita bersama.
“Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap, saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati.
“Siapalah saya untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat, saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” tulis Shaf.
Dalam entri yang sama, Syaf turut berkata dia akan berusaha untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin tanpa kekasih di sisi selain akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Syazlin di alam sana.
“Sayang, percayalah saya akan sedaya upaya untuk harungi liku kehidupan ini berseorangan tanpamu sayang tapi semangat sayang akan saya bawa bersama sampailah tiba masa yang pun ke sana kelak.
“Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Tenanglah sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu, Syazlin Suhaizan Zainal. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.
Allahyarham pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya, Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Takdir Yang Tertunda.
Syazlin ialah anak bongsu daripada lima beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Dalam pada itu pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan seorang wanita maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai ujian yang menimpa pelakon Nad Zainal yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Nad, 32, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai kerana jangkitan pada paru-paru sejak Isnin.
“Kami ada ‘grup’ WhatsApp dan di situ masing-masing selalu berkomunikasi, sudah janji nak jumpa dan sebagainya.
“Jadi bila nampak keadaan dia yang macam tu dan berpeluang untuk melawatnya dalam ICU, ia sesuatu yang sangat mendukacitakan.
“Sebab kami rapat dan bila tiba-tiba nampak dia tak sihat tu, saya rasa sedih. Malah ketika saya melawat, anaknya turut ada. Mereka masih kecil dan tidak faham apa yang berlaku.
“Walaupun saya belum ada rezeki dan pengalaman menjadi seorang ibu, namun bila tengok situasi itu rasa rasa sebak,” katanya kepada MH.
Marsha berkata demikian ketika ditemui Hari Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SAMM37) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.
Marsha yang mempertaruhkan lagu Kembali Terang sebentar tadi turut berdoa semoga pelakon drama Cina Buta itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Alhamdulillah dalam rasa sedih dengan ujian yang menimpa Nad, kita tengok ramai penggiat seni yang hadir melawat dan berikan semangat.
“Begitu juga dengan peminat yang menitipkan doa baik-baik. Kalau kita tengok di media sosial ramai yang berikan kata semangat. Saya berdoa dan berharap semoga Nad akan pulih.
“Saya pegang tangan dia. Saya ada bisikkan kata-kata. Saya beritahu Nad, dia kena kuat dan teruskan perjuangan sebab Nad ada anak-anak yang menunggu Nad.
“Kita ada benda yang kita sudah janji sama-sama untuk lakukan. Saya percaya, yang berpeluang melawat berikan kata dorongan yang sama,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, tampil menghulurkan bantuan peribadi berjumlah Rp15 bilion (kira-kira RM3.7 juta) bagi meringankan beban mangsa banjir...