
Satu hantaran yang dimuat naik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencuri perhatian wargamaya.
Ini kerana, figuranya yang tampak lebih kurus dan langsing berbanding sebelumnya.
Malah, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi ruangan kapsyen turut berkongsi seolah-olah tubuhnya kian susut.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Justeru, para peminat meninggalkan komen yang memuji penampilan ahli perniagaan ini yang tampak lebih segar selain lebih menawan.
Malah, ada individu yang bertanya mahukan kepastian sama ada Vida ada melakukan pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan ‘potong usus’ demi memiliki berat badan ideal.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Namun, ia dinafikan Vida bersama balasan ringkas.
“Tak… No no,” responnya.
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 5,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terbaik! Shahrol Shiro Turun Padang, Bantu Penduduk Kluang Daftar Vaksin

Pelawak, Shahrol Shiro mengakui berasa amat teruja apabila berkesempatan untuk sama-sama turun padang bersama para sukarelawan bagi membantu para penduduk di Kluang, Johor untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
Menurut Shahrol, dia juga mahu memanfaatkan kesempatan ini untuk menyebarkan kepada orang ramai mengenai kebaikkan vaksin bukan sahaja buat diri sendiri tetapi untuk masa hadapan negara.
“Bukan saya tapi kita. Kita bergerak bersama membantu mereka untuk mendaftar Vaksin.
“Terima kasih diucapkan kepada anak muda Southern Volunteers Kluang yang bersama membantu warga Taman Kluang Barat untuk mendaftar vaksin dan memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak, Shiro itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrol turut mendedahkan dia sebolehnya mahu menjadikan Kluang sebagai salah satu daerah yang berjaya melawan Covid-19 secara total.
“Terima kasih juga kepada penduduk setempat yg sudi memberi kerjasama terbaik pada kami dan terima kasih kepada 483 orang yg mendaftar hari ini.
“Niat kami cuma satu iaitu menjadikan daerah Kluang berjaya melawan covid19.
“Kepada warga di sana yang terlepas untuk mendaftar boleh hubungi nombor yang diberikan di gambar tersebut. Insyaallah kita boleh lakukan,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga segala yang diusahakan oleh Shahrol ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, terbaik. Ini patut dijadikan contoh kepada rakan-rakan artis kita. InsyaAllah harap semuanya dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah yang dapat membalas jasa kalian.
“Tahniah sahabat. Semoga usaha ini diperluaskan lagi. Moga dipermudahkan urusan.
“Alhamdulillah, syukur. Teruskan perjuangan mu. Semoga diberkati Allah SWT.
“Ini yang terbaik. Saya sokong tindakan pantas ini.
“Tahniah, you’ve done a great job,” antara reaksi-reaksi positif yang diberikan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 Sarat Aktiviti Menarik, Perkasa Kaum Hawa!

Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 November ini bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention, IOI City Mall Putrajaya.
Program yang dianjurkan dua jenama ikonik Mingguan Wanita dan Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv San Bhd ini bersedia untuk mencipta sejarah sebagai satu lagi inisiatif murni untuk memperkasakan wanita Malaysia melalui platform keusahawanan yang holistik.
Malah, Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 ini turut mendapat kerjasama padu daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui MyMall.
Majlis perasmian pula telah pun berlangsung dengan gilang gemilang dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan pada Jumaat.
Acara tiga hari ini bukan sahaja meraikan keusahawanan wanita tetapi membuka ruang bagi perbincangan intelektual dan perkongsian strategi untuk mengatasi cabaran serta memperkasakan komuniti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim, karnival ini adalah satu manifestasi kepada komitmen berterusan untuk memperkukuh peranan wanita dalam sektor keusahawanan.
“Bertahun-tahun kami di Nu Ideaktiv melalui Mingguan Wanita dan Nona memperjuangkan topik dan isu wanita yang kerap kali tersisih dalam arus perdana.
“Tahun ini, kami mengambil satu langkah signifikan dengan melancarkan karnival ini, yang bukan sekadar meriah dan penuh warna, tetapi dipetakan dengan teliti untuk mencapai misi sebenar kami iaitu memperkasakan wanita dengan pengetahuan, semangat, dan jaringan yang mereka perlukan untuk mencipta masa depan vang lebih cerah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Bisnes Wanita, Nu Ideaktiv San Bhd, Kiffy Razak pula mempunyai perspektif unik mengenai isu wanita secara mendalam dan menyeluruh.
Katanya lagi, program ini turut diadakan untuk menyuarakan aspirasi para wanita terutamanya buat mereka yang bergelar usahawan.
“Kandungan yang kami tawarkan dalam karnival ini disusun rapi bukan sekadar atas dasar menyampaikan maklumat, tetapi untuk mencetuskan impak.
“Kami mendengar luahan hati dan aspirasi usahawan wanita tempatan, serta mendekati komuniti kami, sama ada dalam talian atau di acara-acara anjuran kami.
“Sebagai penyambung suara mereka, kami ingin memastikan setiap detik di karnival ini membawa makna yang signifikan, sebuah medium yang mampu mengangkat dan memperkukuhkan peranan wanita dalam ekonomi,” katanya.
Pelbagai program-program menarik bakal berlangsung selama tiga hari ini antaranya talkshow bersama ahli panel dan usahawan terkemuka serta pertandingan-pertandingan
menarik seperti Ratu Jengka, Ratu Karok Vaganza, Permainan Tradisi dan macam-macam lagi.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 berlansung bermula jam 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari bermula hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Main Game ’Aku Lekat Kau Yang Panas’, Gelagat Lucu Intan Najuwa & Zul Ariffin ‘Tempek’ Pelekat Pada Wajah Buat Ramai Terhibur

Pelakon Intan Najuwa menerusi Instagram miliknya berkongsi sekeping rakaman istimewa sempena episod terakhir drama Setelah Ku Dimiliki.
Tulisnya di ruang kapsyen, dia bersama Zul Ariffin bermain sebuah permainan di mana kedua-duanya dilarang ketawa.
Malah mereka turut diminta untuk berpandangan sesama sendiri sambil menahan ketawa.
“Memandangkan dah episod akhir today, kita belanja gelak sikit. Dua-dua kuat gelak, kena main game tahan gelak memang pishang la,” terangnya.
Video berdurasi kira-kira 3 minit yang turut dikongsikan pada Instagram Drama Sangat itu, keduanya dilihat cuba tahan ketawa menerusi beberapa tugasan yang diberikan.
Melihatkan gelagat mesra dan lucu pasangan ini, netizen turut terhibur dan memberikan reaksi di ruang komen.
Intan Najuwa dan Zul Ariffin dipadankan menerusi drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, TV3.
Terdahulu pasangan ini pernah mencetuskan sensasi apabila foto merakam foto di pinggiran lautan bertebaran di laman maya.
Foto : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI