Usahawan sensasi yang kini menetap di Australia, Nur Sajat menjawab persoalan wargamaya sama ada dia masih layak untuk membuang untuk pada Pilihan Raya Ke-15 Malaysia (PRU15).

Menerusi sesi siaran langsung yang dibuat Sajat dan kemudian dikongsikan kembali oleh pengguna TikTok, Sajat menerusi sedutan berkenaan bertanya adakah dia masih dibenarkan untuk bebuat demikian.

“Korang dah halau aku, aku dah lah keluar dari Malaysia. Undi aku tu diterima ke? Kalau passport aku pun telah ‘refuse’, undi aku diterima ke, cuba cakap.

“Passport saya kena ‘refuse’, tapi undi saya kau nak. Macam mana ni? Tak apalah. Saya punya undi satu saja. Nanti saya tanya dekat kedutaan di sini, saya layak tak mengundi?

“Disebabkan passport saya dah kena ‘refuse’, masih layak lagi tak saya mengundi. Haruskah aku mengundi, demi kebaikan rakyat sedangkan aku telah ‘punah’,” katanya baru-baru ini. 

Terdahulu media sebelum ini melaporkan, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad pernah ditahan Imigresen Thailand kira-kira jam 6 petang pada 8 September tahun lalu, kerana didakwa memiliki pasport tidak sah.

Usahawan itu kemudian dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara itu.

Sajat kemudiannya didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September, bagaimanapun dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan selain diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Ketika berada di Thailand, dia sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI