Tanggal 5 Julai 2011, genap lapan tahun pemergian Allahyarham Hj. Wan Omar Wan Ishak iaitu bapa kepada pelakon Fizo Omar.
Lalu, Fizo ada menitip pesanan buat masyarakat di luar sana agar sentiasa menghargai insan yang bergelar bapa ketika mereka masih hidup.
“Al fatihah buat arwah ayah Hj. Wan Omar Bin Wan Ishak. Hari ni genap 8 tahun arwah tinggalkan kami semua.Dan sekitar waktu ini juga jam 9 lbh ayah menghembuskan nafas terakhir.
“Bila ayah dah xde, satu persatu kebaikan n jasa dia akn bermain di memori kita.sudah terlambat utk nak menghargai dan ucapan terima kasih.hanyalah doa anak2 amalan sedekah yg boleh dikirimkan ke atasnya.
Ads
“Kpd yg masih beribu bapa, hargailah mereka sebaik baiknya.pastikan tangisan anda di pusara nanti adalah bukan tangisan penyesalan.
“Sama2 kita sedekah al fatihah kpd arwah ayah sya dan kpd semua ahli keluarga dan sahabat kita yg telah pergi,” tulis Fizo disertakan dengan gambar batu nisan yang tertulis nama arwah bapanya.
Meski masih menanam impian untuk menambah bilangan ahli keluarga, namun penyanyi dan ushawan, Sarah Raisuddin menjelaskan dia tidak merancang untuk mempunyai zuriat lagi dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, dia dan suami tidak menolak andai dikurniakan rezeki hamil lagi.
“Saya tidak merancang untuk menambah anak dalam tempoh terdekat ini.
“Namun, jika Allah beri rezeki untuk kami dapat anak lagi pada tahun ini, saya terima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi Siti Sarah seperti yang dipetik Harian Metro.
Tambah penyanyi Semakin ini lagi, dia sebolehnya mahukan empat cahaya mata bagi melengkapkan mereka sekeluarga. Akan tetapi, situasinya nyata berbeza dengan suami.
“Saya memang mahu menambah seorang lagi anak. Namun suami pula mahu memiliki anak yang ramai kerana dia mahu keluarga besar,” jelas Sarah jujur.
Ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang tampak berisi terutamanya di bahagian perut sebelum ini, Sarah menafikan dakwaan segelintir pihak yang membayangkan dirinya hamil ketika Konsert Soul Sisters, baru-baru ini.
“Sebenarnya, saya berdepan dengan masalah hormon tidak stabil hingga terpaksa berjumpa doktor untuk merawat masalah itu sebaik saja selesai konsert sebelum ini.
“Hormon yang tidak stabil turut mempengaruhi berat badan, darah gemuruh dan cepat panik.
“Saya juga terpaksa mengambil ubat yang disarankan doktor untuk merawat masalah hormon tidak stabil ini,” katanya lagi
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.
Pelakon yang sinonim menerusi watak antagonis, Adam Corrie baru-baru ini ada berkongsi foto momen dirinya sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Adam Fateh.
Permata hati Corrie dan isteri, Fazema Fuad itu sudah pun genap usia setahun setelah dilahirkan 11 Julai tahun lalu.
Menariknya, ini merupakan pengalaman pertama buat Corrie dan isteri, sementelah pasangan ini dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, kisah pasangan tersebut yang tetap sabar dengan ketentuan Illahi pernah mendapat perhatian pencinta seni tempatan.
Lalu, rasa syukur itu sekali lagi dizahirkan menerusi posting saat awal kelahiran anaknya. Perkongsian di Instagram milik bintang itu nyata menyentuh hati.
“Adam Fateh Lee | Turns One | 11 July 2019 | Alhamdulillah. Terima Kasih yang datang memeriahkan Majlis dan mendoakan kebaikan untuk Kita semua,” tulisnya pada foto sambutan yang disusuli dengan kredit.
Untuk rekod, Corrie yang memeluk Islam pada 2007 mendirikan rumah tangga bersama isteri setahuh selepas itu.
Bintang baru, Cash Farhan mengakui banyak mengambil inpirasi daripada penyanyi pujaannya, G-Dragon dalam muzik.
Kata pemilik nama lengkap Muhamad Asyrol Farhan Ahmad ini lagi, minat terhadap muzik mendoronya untuk terus merealisasikan impian sementelah mengikuti pengajian di Korea Selatan sejak lebih dua tahun lalu.
“Saya sambung pengajian di Seoul lebih dua tahun dan pada masa sama banyak bergaul dengan warga tempatan di sana.
“Malah saya juga pernah jalani uji bakat di Korea juga, jadi minat itu diteruskan bila pulang ke Malaysia,” jelasnya jujur.
Ditanya siapakah penyanyi yang dijadikan sebagai sumber inspirasi, pemuda berusia 23 tahun ini mengakui anggota kumpulan BigBang, G-Dragon sebagai rujukan.
“Saya cukup kagumi G-Dragon meski ada yang sinikal terhadap gosip panas yang pernah melandanya. Apa pun, saya tidak melihat dari segi yang kurang enak mengenai sisi peribadi, tetapi saya lebih gemar untuk mengenai perjalanan muziknya.
“Misalnya dia juga merupakan seorang penerbit dan dia tahu muzik apa yang sesuai seiring cita rasa para peminat.
“Malah dia juga bijak bergaya dan saya sendiri turut meminati fesyen,” jelasnya yang kini melakukan percubaan awal dengan mempertaruhkan single sulung, Trust.
Berkonsepkan fushion pop yang mempuyai elemen dance, Trust menjadi ciptaan bersama Ewal Ismail dan lirik hasil tulisannya sendiri. Lebih menarik, Cash turut berkemampuan untuk bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin dengan baik.
“Saya seorang pelajar bahasa dan gemar untuk teroka perkara baru. Contohnya kalau ada yang pesimis terhadap usaha ini, saya tidak ambil pusing.
“Saya seorang positif. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Janji saya puas dan ada yang berpuas hati dengan hasil kerja saya,” akhiri Cash optimis.
Terdahulu, Trust difahamkan berkisah mengenai kisah cintanya sendiri yang kecundang di tengah jalan kira-kira empat tahun lalu.
Video muzik rasmi Trust juga sudah dimuat naik di YouTube sejak penghujung Jun lalu.
Foto: Instagram Cash Farhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.