Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz sekali lagi meluahkan dedikasi istimewa buat anak tunggal dan bekas isterinya. Dedikasi tersebut disampaikan penyanyi Sayang Sayang ini menerusi Instagram.
Kongsi Aliff, hatinya telah pun ‘dicuri’ si cilik berkenaan sejurus ibu yang cantik melahirkan.
And there’s this boy. He actually stole my heart since the day his beautiful Mummy gave birth to him. He calls me ‘Daddy’.
“Through everything they may say about me. I’ll give my life up for you buddy,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut memohon doa atas segala rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pray for Daddy always sayang as Daddy goes through this phase of being the best i can. I love you. Both of you. You know who you are,” kongsi Aliff sambil disusuli dengan tanda palang #MrAndMrsAliffAzizJr dan #AydenAdrean.
Lalu, entri tersebut pantas mendapat komen dari netizen. Antaranya;
Beberapa hari lalu, bintang berkenaan turut menyampaikan luahan kasih sama menerusi Instagram, hingga menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bulan lalu, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida mengalami keguguran salah seorang bayi kembar yang sedang dikandung selama beberapa minggu.
Reda dengan ketentuan Illahi kerana harapan untuk mempunyai cahaya mata kembar tidak kesampaian, Aliff dan isteri bagaimanapun gembira kerana salah satu bayi dalam kandungan isteri dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya okay, sudah masuk 16 minggu,” kata Shahida kepada MH.
Ditanya mengenai situasi keguguran yang dialami tidak lama dulu, Shahida mengakui pada peringkat awal tidak mengetahui sedang hamil anak kembar sehinggalah bertemu pakar sejurus mengalami pendarahan.
“Itulah kita pun tak tahu sedang hamil anak kembar. Kalau tahu pasti saya akan lebih berhati-hati dan tak mahu fikir hal yang membuatkan diri tertekan. Ketika itu saya di pejabat dan bila berlaku pendarahan, saya terfikir pasti kandungan tak dapat diselamatkan.
“Malah saya perasan hal itu pun selepas dua jam. Waktu nak solat Asar, tersedar adanya pendarahan sebab saya sebelum ini tak pernah ada pengalaman gugur. Saya memang alami sakit perut dah sakit pinggang pada hari kejadian.
“Awalnya fikir ia mungkinlah simpton biasa bila hamil. Cuma bila nak solat tu, tengok darah dah penuh. Jadi panik,” kongsinya yang turut mendapatkan pandangan dari salah seorang pekerja yang pernah ada pengalaman keguguran.
Katanya lagi bila diperiksa doktor pakar, katanya bila discan, doktor memberitahu dirinya hamil anak kembar.
“Katanya ada dua kantung, yang satu dalam keadaan baik ada jantung sementara yang satu lagi sudah tidak berdegup. Hari kedua pendarahan barulah semuanya okay,” jelasnya panjang lebar.
Pada masa sama, Shahida juga tidak menolak tekanan terhadap beberapa isu yang menimpa keluarganya tidak lama menjadi antara faktor kepada punca keguguran.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan hari jadi anak bongsu mereka, Yusuf al Qadrawi di Sri Damansara pada Sabtu.
Ikuti temu bual penuh bersama mereka di Facebook dan IG TV Instagram kami.
Pelakon Datin Diana Danielle telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Diana telah mengimbau gambar keluarga kecilnya di pagi syawal.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri to All Muslims around the world and beyond
“We love you Babah — you are our centre of gravity, our protector, our comedian, our imam, our provider, our everything. You are nothing but love and we are nothing but grateful for having you.
“This Raya — My humble wish is for Syria, Palestine and all war ridden countries to be once and for all lifted from terror and devastation..
“Malaysia as a nation has always been responsive and deeply empathetic — we speak up for those without a voice and we call out injustice where we see it.
“Nobody deserves to be stripped off their basic rights and i always try to remind people that if we allow this to continue in other countries and turn a blind eye, if it happens to us, no other country will put their necks out for us either.
“It is so important to keep solidarity on this matter. May we stand together to fight these endless inhumane acts, as well as tweak policies that will better provide and support refugees we welcomed into the country,
“like basic education, access to post traumatic treatments, healthcare, allowing them to work and build a future here. InsyaAllah”tulisnya.
Terdahulu, suami kepada Diana, Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan mengunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, 15 Mei lalu.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...