Cukup sinonim dengan imejnya yang berkaca mata hitam. Kian melakar jaya dalam dunia seni, anak muda kelahiran Selangor ini telah merangkul banyak anugerah sepanjang bergelar anak seni sejak kecil lagi.
Lagu Sumpah nyata memberi ruang serta rezeki buatnya dalam dunia seni lokal. Pencapaian terbesarnya setakat ini? Sudah tentu juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-34 lalu!
Bintang muda asal Sarawak, Fieya Julia cukup popular menerusi single Perasaanku. Turut bersaing menerusi program Big Stage musim kedua. Fieya baru berusia 22 tahun.
Tahun lalu, bintang ini mendapat penghargaan sebagai Artis Baharu Paling Berpotensi pada acara Anugerah Muzik Asia di Shenzhen, China. Masya baru menginjak usia 21 tahun.
Mula dikenali menerusi lagu Senyum, As’ad mengakui menjadikan Michael Jackson dan Justin Bieber sebagai idolanya. Dia kini mengumpul lebih sejuta juta followers di Instagram.
Penyanyi, Linda Rafar kesal apabila dia menerima DM peribadi perihal isu yang diluahkan di laman Instagramnya, semalam.
Apa yang mengejutkan apabila individu yang bertindak melampau, hingga mengugut ingin meracun ibunya.
“En Rafar family, Kita orang akan racun mak ko, jangan menyesal.
“Deleted apa yang ko viral pasal nurse. Jaga ko!,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Linda menegaskan akan membuat laporan polis berkaitan ugutan tersebut.
“Okay this is too much! I will go n report police now! Siapa lagi yang hantar message ugut aku akan pastikan semua tak akan terlepas!
“Ni lagi sorang ugut aku macam2! Ko ni kenapa? Nak naikkan IG ko ke hah?.” tulisnya kesal.
Untuk pengetahuan, isu bermula apabila Linda meluahkan rasa kesalnya di IG story apabila permintaanya untuk menukar cadar katil ibunya, Rasimah Abdul Rahman disebuah hospital dikatakan tidak diendahkan jururawat.
Namun dia kemudiannya memuat naik satu lagi IG story baru bahawa akhirnya ada jururawat yang membantu menukar cadar.
Namun, kelihatan ramai yang memberi komen pelbagai.
Sebelum ini, Linda memaklumkan tangan ibunya terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Foto/Instagram: Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar istimewa penghidap autisme.
Terbaharu, Zarina kini sedang bercuti di kota London dan apa yang menariknya, percutian pelakon tersebut turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain, termasuk Azal dan Azil.
Malah menerusi Instagram, Zarina kerap berkongsi sekitar momen percutian mereka.
Menerusi satu entri pula, Zarina ada berkongsi mengenai pengalamannya bercuti bersama dua anak istimewanya itu.
Katanya, percutian ini merupakan hasrat dari anak bongsu dan pada masa sama, bukan mudah untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarganya yang lain.
“Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga. Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang. Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah.
“Untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku. Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander.
“Azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..Tantrum ..memang akan ada tadi saja azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu..
“Selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman, keselamatan anak2,” tulisnya.
Selain itu, Zarina turut mendedahkan Azil juga tidak tidur sepanjang perjalanan ke London meski sudah diberikan ubat.
“Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2. Tak cuba tak tahu.
“Nak seribu daya taknak seribu dalih. Soal anak takde alasan sebagai emak bapak dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan.
“Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa. Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada. Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu.
“Ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara,” kongsi Zarina.
Akhir tulisannya pula, bintang itu turut menyatakan hasrat untuk membawa anak-anak ke tanah suci bagi menunaikan umrah dengan izinNya.
“InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah. Menunaikan umrah tahun depan,”jelas Zarina.
Terdahulu, Zarina juga turut mencuit hati netizen apabila memuat naik insiden lucu yang berlaku di antaranya dengan Azil.
Kongsinya, dia tidak perasan kasut yang dipakai anaknya itu terbalik, sehinggalah selesai merakam foto anaknya itu.
“Ramai yang perasan kasut azil terbalik..tadi kami transit di Oman di sana nak masuk flight balik semua kena bukak kasut bila pasang kelam kabut azil nak cepat saya pun tak perasan kasut terbalik sampailah habis gambar ni diambil,” akhirinya
Pengarah dan penulis drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin menerusi posting terkininya di Instagram beberapa jam lalu memaklumkan, Nelydia Senrose yang bakal membawakan watak Juita dalam Nur 2, menarik diri daripada menyertai barisan pelakon drama berkenaan.
Kongsinya, penarikan diri adik kepada Uqasha Senrose itu adalah disebabkan hal peribadi yang dihormati pengarah berkenaan.
“Hi guys. Officially abam nak announce yg @nelydiasenrose tak jadi join cast of #NUR2 due to her personal reason which is abam respect lah.
“Mungkin watak tu terlalu daring utk dia yg sedang mengerjakan umrah sekarang. So hmm…entahlah…serabut abam nak fikir saper nak ganti,” tulisnya.
Pada masa sama, Shahrulezad turut meminat peminat memikirkan siapakah calon lain yang sesuai membawakan watak berkenaan.
“Last minute sangat dah. Lantak lah. Korang boleh tolong fikirkan tak saper nak nak jadi Juita ni? Susah susah kang biar aku jer pegang watak tu kang.
“With good lighting abam rasa macam boleh masuk jer provided suara kena dubbing lah hahaha…gelak gelak jugak. Aku stress ni.
“Anyway to Nely. Dont worry. Abam faham dik. Semoga awak dikurniakan umrah yg mabrur yer. Aminn. InsyaAllah. Mode mencari Juita is on bebeh…,” kongsinya lagi.
Shahrulezad turut berkongsi perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pelakon tersebut yang kini sedang menunaikan umrah di tanah suci bersama keluarga.
Terdahulu, pengarah terbabit turut memberitahu pelakon lama dalam Nur masih dikekalkan kecuali pertambahan dua watak terbaru iaitu Juita dan Suraya.
Foto: Instagram Shahrulezad/ Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.