Kalau dilihat, sepanjang tahun ini menyaksikan ramai selebriti berazam untuk mendapatkan bentuk badan idaman, tidak kurang juga yang berjaya.

Malah, kejayaan mereka itu turut menjadi pembakar semangat buat netizen lain untuk sama-sama mendapatkan bentuk badan idaman.

Oleh itu, apa kata kita imbas kembali antara selebriti-selebriti yang berjaya menjadi ‘role model’ untuk netizen menguruskan badan.

1. Abam Bocey

Wow, Makin Kuruslah! Imbas 5 Selebriti Berjaya Turunkan Berat Badan Tahun 2018

Sejak Abam mengumumkan untuk menjaga berat badannya, ramai yang memberikan sokongan buatnya.

Katanya, antara sebab utama dia berbuat demikian adalah untuk kesihatan dirinya juga. Setakat ini, kelihatan hasil yang positif daripada usaha kerja keras Abam itu.

2. Sherry Al-Hadad

IKLAN

 

Sherry mula menjaga berat badannya setelah diberi nasihat oleh doktor. Kisahnya, jika dia tidak menjaga berat badannya kini, akan ada komplikasi pada masa akan datang.

Setakat ini, dia berjaya menurunkan 11 KG dalam masa 3 bulan.

3. Shukri Sahar

IKLAN

Wow, Makin Kuruslah! Imbas 5 Selebriti Berjaya Turunkan Berat Badan Tahun 2018

Pelawak dan pengacara mula menjaga soal pemakanannya setelah terkejut dengan berat badannnya yang naik mendadak.

Sejak itu, dia mula mengamalkan diet serta berpus hati apabila dapat turun 5 KG dalam masa dua minggu.

4. Datuk Seri Nurhaliza

IKLAN

Wow, Makin Kuruslah! Imbas 5 Selebriti Berjaya Turunkan Berat Badan Tahun 2018

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan 20KG selepas melahirkan Siti Aafiyah. Hebatnya!

5. Billa Najmi

Wow, Makin Kuruslah! Imbas 5 Selebriti Berjaya Turunkan Berat Badan Tahun 2018

Bekas peserta Akademi Fantasia, Billa Najmi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24 KG.

Antara tips yang dikongsinya adalah jangan makan malam selepas jam 7 dan juga banyakkan minum air masak.

Foto/Instagram: Artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI