#MHGlobal Supermodel Pun Turut Puji Gaya Jalan Pemenang Miss Universe, Catriona Gray. Ini Antara Sebab Lain Dia Perlu Jadi Ikon Kecantikan Masa Kini!

Pemilik nama, Catriona Gray ternyata menepati ramalan apabila dia diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2018 tempoh hari.

Bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik malah dia juga ada pakej lengkap yang melayakkan untuk mendapat tiara tersebut.

Dia juga sangat sesuai untuk dijadikan ikon kecantikan remaja-remaja masa kini. Oleh itu, MH ingin kongsikan sebab mengapa.

1. Jalan Pun Dah Taraf Supermodel

Mula menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 5 tahun, malah juga bekerja sebagai model sebelum menyertai pertandingan Miss Universe, Gray tiada masalah untuk jalan di atas pentas ‘runway’.

IKLAN

Lihat sahajalah gaya catwalk di pentas akhir Miss Universe tempoh hari. Walk like a true queen! Malah, supermodel, Tyra Banks pun turut memuji gaya jalannya itu.

“I mean…Pinoy power to the max,” tulisnya di Twitter

2. Kulit Yang Cantik!

IKLAN
View this post on Instagram

Sun kissed ??

A post shared by Catriona Gray (@catriona_gray) on

Mempunyai wajah yang licin, mulus dan berseri-seri, kalau lihat wajahnya tanpa solekan tebal, memang kelihatan lebih muda dari usia!

3. Mempunyai Struktur Tulang Yang Wow!

IKLAN

Berdarah kacukan membuatkan wajah Gray sedikit berbeza dengan wanita-wanita Philipine yang lain. Kalau korang lihat struktur tulangnya memang terbaik dari ladang lah!

4. Bukan Sahaja Cantik Tapi Aktif Dalam Muay Thai!

Untuk pengetahuan, Gray juga hebat dalam seni mempertahankan diri, Muay Thai. Mula berlatih seawal umur 8 tahun, dia mendapat tali pinggang hitam ketika berusia 12 tahun.

Foto/Instagram: Catriona Gray

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI