Susulan hari ketiga peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) yang sepatutnya berlangsung malam tadi ditunda, kebanyakan rakan penyanyi, hos serta rakan terdekat yang terbabit tampil peka dengan terus melakukan ujian saringan Covid-19.

Tindakan tersebut dilakukan sejurus penyanyi dan pelakon, Alif Satar yang juga salah seorang peserta bertanding pada saingan SFMM 35 hari pertama yang telah disahkan positif Covid-19, pada Ahad.

Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka setakat malam tadi ialah Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel dan Aina Abdul.

[GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan

 

IKLAN

“Alhamdulillah. Ernie, @syamel_official , @aqilahmaria_ dan semua team kami sudah selesai melakukan swab test.

“Mudah mudahan Allah swt permudahkan segalanya buat kami. Kami akan self quarantine selama 14 hari,” tulis Ernie pada entiri sepotong video yang dimuat naik.

Malah, Tuju K-Clique yang turut membuat persembahan menerusi lagu Gila di samping Kaka Azraff dan Nuki turut dilihat melakukan ujian sama.

IKLAN

[GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan

“Demi keluarga dan orang sekeliling aku jalan kan tugas. Jangan putus doa. Insyaallah, semuanya akan baik baik @alifsatar for family,” tulisnya pula.

Meninjau ke ruangan komen entri terbabit, rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan yang terbaik buat mereka termasuk Aliff semoga segera sembuh.

IKLAN

[GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan [GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan [GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan [GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan [GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & Harapan [GAMBAR] “Mudah-mudahan Allah SWT Permudahkan,” – Sherry Al Hadad, Stacy Antara Artis Bertanding Yang Jalani ‘Swab Test’, Masing-Masing Berkongsi Doa & HarapanTerdahulu, episod ketiga pertandingan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir, yang sepatutnya berlangsung malam tadi terpaksa ditunda kepada satu tarikh lain.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi  Instagram rasmi Muzik-Muzik.

“Atas langkah keselamatan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir episod ketiga malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Harap maklum kepada semua. Segala update kami akan beritahu kelak. #doabaikbaik #cakapbaikbaik #sfmm35,” umum mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI