Susulan disahkan positif Covid-19 pada Ahad, ibu dan ayah kepada artis terkenal, Alif Satar juga disahkan dijangkiti wabak sama.

Menurut laporan Astro Awani, perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus Alif iaitu Adlina.

Adlina memberitahu, selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga turut telah didapati positif virus tersebut.

Difahamkan, kesemua ahli keluarga Alif kini sedang menerima rawatan di hospital.

IKLAN

Manakala, bagi isterinya, Shadila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pada Isnin.

Jelas Adlina lagi, Alif turut ada meninggalkan pesan agar orang ramai dapat mendoakan isteri serta anak-anaknya semoga terhindar daripada wabak Covid-19 ini.

IKLAN

“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Terdahulu, Alif kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Malah, Alif turut memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI