Pelakon dan pelawak, Enot berkongsi khabar apabila memaklumkan rumah keluarganya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan antara yang terkesan akibat banjir kilat awal pagi tadi.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, kediaman berkenaan telah dinaiki air hingga ke paras dada sehingga merosakkan beberapa perkakasan rumah.

Antaranya barangan kering majlis perkahwinan ahli keluarganya yang sebelum ini ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ya Allah Kau Lindungilah Keluargaku,” – Air Naik Hingga Paras Dada, Enot Sedih Tak Dapat Pulang

“Assalamualaikum pagi-pagi group family dah kecoh malam tadi rumah Makumi saya dekat Seremban habis banjir paras dada. Nasib adik ada dekat rumah kalau tak, dia sorang jelah kat umah banjir-banjir tengah malam.

IKLAN

“Habis barang dan beras nak kenduri tak jadi hari tu. Sabarlah mak, orang nak balik sana pun tak lepas keadaan macam ni dengan Seremban dah start PKPB dugaan sungguh lah,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan Enot menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram.

Dalam pada itu, Enot turut memanjatkan doa agar seluruh ahli keluarganya yang ketika ini berada di Seremban agar dijauhkan daripada sebarang musibah.

IKLAN

“Ya Allah kau lindungilah ahli keluargaku dan saudara-saudaraku di Seremban semoga diorang dijauhkan dari musibah-musibah yang tak diingini. Amin.

“Lama dah tak banjir Batu 3 Mambau ni. Dulu banjir bole berenang siap buat sampan lagi. Kalau Batu 3 banjir kitaorang semua duduk dekat masjid Bemban dekat dengan rumah mak @nabilzira.

“Time tu muda belia lagi masih mampu berenang lagi siap angkut biskut kedai Cik Kamal terapung-apung. Baik ambil bawa pergi masjid ramai-ramai bole makan hehehe.

IKLAN

“Sedih sana banjir tak boleh nak balik pulak. Jenuh lah nak mngemas tu. @allef_nazmi_abdullah tolong mak ok Kakmok tak boleh nak balik. Apa-apa hello-hello okay,” kongsinya lagi.

Sementara itu, rata-rata netizen yang berada di Seremban turut berkongsi kisah mereka selain turut mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti biasa.

“Ya Allah Kau Lindungilah Keluargaku,” – Air Naik Hingga Paras Dada, Enot Sedih Tak Dapat Pulang “Ya Allah Kau Lindungilah Keluargaku,” – Air Naik Hingga Paras Dada, Enot Sedih Tak Dapat Pulang

Sumber: Instagram Enot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI