Meskipun perkahwinannya sudah pun hampir mencecah seminggu, namun aura dan pesona perkahwinan pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar masuh menjadi buat mulut ramai.
Masakan tidak, dari awal perkenalan hinggalah kepada saat disatukan, keduanya mempunyai pendirian untuk tidak terlalu berkongsi, sampailah sudah bergelar suami isteri yang sah.
Apapun, jom throwback kembali beberapa keping foto melibatkan perkahwinan selebriti yang satu ini. Memang lawa kan?
Sementara menerusi perkongsian terkini, bintang ini turut mendedahkan perihal perasaan anak sulungnya yang masih belum biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
“Abang Omar belum terbiasa, jadi beri lebih masa. I’m sure he will be your bestfriend & abang sulong that will protect you from any harm,” tulisnya.
Bagaimanapun Nadiya yakin anak sulungnya itu akan menjadi kawan baik dan abang yang akan melindungi adiknya dalam apa keadaan dan Nadiya juga menyatakan janji abang Omar masa Aminah dalam perut, dia akan manjakan.
“Dan akan manjakan awak juga seperti janji-janji dia sewaktu awak masih dalam perut. Masih ingat?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nadiya berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Omar yang kini berusia 8 tahun.
Pada 2016, Nadiya sepatutnya melahirkan anak kedua.
Namun kehilangan zuriat apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.
Foto: Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di laman sosial sejak semalam apabila beberapa potong video yang merakamkan aksi beberapa orang gadis yang didakwa turut terlibat menerusi program Dewi Remaja baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, ada di antara mereka yang dikatakan mengambil minuman keras sambil bersuka-ria bersama teman-teman.
Meski kualiti video tidaklah terlalu jelas, bagaimanpun ada yang mendakwa ia melibatkan beberapa orang finalis Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru.
Juara terdahulu, Raysha Rizrose ketika dihubungi MH bagi mendapatkan pandangannya terhadap isu ini menegaskan, sekiranya benar dan sahih mereka merupakan individu yang dimaksudkan, perkara itu sama sekali tidak seharusnya berlaku.
“Semestinya perkara tersebut boleh menjejaskan reputasi dan tidak sepatutnya berlaku, kalau benar seperti apa yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya tidak mengetahui akan hal tersebut sehinggalah ia dikongsikan oleh beberapa kenalan sejak semalam, bertanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai isu terbabit.
“Bagaimanapun apabila melihatnya sendiri, saya rasa terkejut kerana ada yang mendakwa ia turut melibatkan peserta edisi Dewi Remaja.Akan tetapi, lokasi di dalam video itu agak gelap. Jadi kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Tidak boleh juga untuk tuduh melulu. Sebaiknya dapatkan penjelasan dari pihak produsksi atau si empunya badan terlebih dulu. Apa pun, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada penjelasannya,” katanya kepada MH sambil mengharapkan semuanya dapat diselesaikan cara baik.
Pada masa sama, adik kepada Uqasha dan Nelydia ini juga berpendapat, ia bukanlah mengenai individu yang dikatakan terlibat, sebaliknya pembinaan jenama itu sendiri yang cukup baik.
“Ia tidak hanya ditujukan kepada individu seperti yang didakwa, tetapi kalau dikenangkan kembali, jenama ini memang cukup positif dan memberi inspirasi sejak sekian lama,” jelasnya.
Terkini, pihak Remaja di bawah payung Nu Ideaktiv menerusi Instagram ada memberikan kenyataan awal berhubung isu berkenaan.
“Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/19.
“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ,” kongsi kenyataan berkenaan.
Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto rumahnya di laman Instagram hari ini.
Kisahnya, setiap kali melihat rumahnya itu, dia teringat saat mula-mula berniaga dan bagaimana dia berusaha keras untuk menjadi seperti sekarang.
“Sy suka tngok umah saya..sbb saya menjadi semngat utk berusaha lagi walapun kekdang rasa dah letihhh.
“Setiap kali tengok rumah ni sy akan ingat betapa susahnya saya bermula berniaga di pasar dan susahnya mencari duit yg halal dlm bisnes.
“Hanya irg bisnes tahu onak duri berbisnes, bkn glamer dan terus senang.
“Syukur akhirnya rumah ni siap dan ada cf hasil kerja @ident_3 @ident_3 adalah atkitek saya yg setia walapun dah ramai kontrator lari dan menipu utk menyiakan rumah 3tingkt ni,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut terharu dan menjadi kisahnya itu menjadi inspirasi buat netizen lain.
Pada MH, nak berjaya ini memanglah memerlukan usaha keras dan sikap tidak putus asa dalam hidup. Apa-apapun, syabas buat Alif dan isteri. Mereka membuktikan bahawa semua orang boleh berjaya!
Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran balik dilakukan dalam bentuk tiket wayang membabitkan jenama Nunha.
PU Riz...