Penyanyi Terbaik Asia Tenggara di MTV EMA tahun ini, Joe Flizzow mengakui anugerah yang diterimanya di Sepanyol, awal November merupakan antara pencapaian paling manis di peringkat antarabangsa, apatah lagi ia merupakan hasil daripada para peminat serantau.
Bagaimanapun, rapper ini turut tidak menafikan selain kejayaan yang diraih di EMA2018, kemenangan sulungnya di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) juga menjadi kenangan yang cukup dekat dengan hati.
“Sukar kalau nak diceritakan adakah kemenangan di EMA2018 sesuatu yang paling besar buat saya sebab menang di AJL juga suatu hal yang besar. Sudah tentu bila bercakap mengenai EMA, audiens itu lebih besar dan antarabangsa.
“Sudah tentu saya bangga memandangkan ia juga adalah hasil sokongan peminat yang mengundi. Kemenangan ini adalah kemenangan kita sebagai rakyat Malaysia, mereka yang undi. Cuma kalau ditanya, rasanya kenangan di AJL dulu pun tak kurang hebatnya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bintang ini juga turut merakam kembali detiknya bekerjasama bersama SonaOne demi memastikan persembahan terbaik di anugerah muzik tahunan negara itu.
“Manis sungguh sebab saya dan Sona kerja berminggu-minggu untuk buat skor lagu Aku Tanya Apa Khabar itu. Yelah sebab ia akan diiringi dengan lebih 80 pemuzik secara okestra.
“Dua hari sebelum AJL, kami ada buat latihan dan tiba-tiba Tok Ram (Datuk Ramli MS) panggil saya keluar. Dia kata pada saya sama ada saya tahu atau tidak skor yang saya buat tu sangat ‘tebal’, berbeza dengan artis lain. Malah katanya lagi, ada beberapa bahagian itu bukan untuk klasikal, tetapi lebih kepada eksperimental.
“Saya pun nervous. Rupa-rupanya, dia cakap pada saya inilah yang ditunggu-tunggunya selama ini. This is it,” tambah Joe.
Menurutnya lagi, dapat meraih anugerah adalah suatu pencapaian, tetapi ada lagi situasi yang lebih manis dan berharga.
“Pada saya, bila kita menang anugerah memanglah suka, tetapi bila bertemu dengan mereka yang lebih arif misalnya dalam berbincang mengenai muzik dengan Datuk Ramli yang kita tahu dia memang pakar dalam apa yang dilakukan itu lebih bermakna. Ia manis dalam sisi yang lain.
“Bila kita dihargai dan diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang berbeza, ia lebih menarik dan bagi saya memang di AJL memang sentiasa dekat dengan hati,” akhiri Joe.
Dalam perkembangan lain, Joe Flizzow akan muncul dengan single terkininya, Kuasa tidak lama lagi.
Foto: Instagram Joe Flizzow/ Datuk Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz Mansor telah meraikan ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama isteri tercinta, Nurull Yasmin.
Justeru, Nazmi telah berkongsi gambar beserta puisi yang indah buat si isteri.
“Sayang, As we grow older together, As we continue to change with age, There is one thing that will never change … I will always keep falling in love with you. Sharing the good times, bearing the hard times, trusting in love to show us the way. Laughing and living, trusting and forgiving, together forever, side by side, day by day,” tulisnya.
Pemain bola sepak berusia 24 tahun itu juga tidak akan sesekali melupakan tarikh ‘keramat’ buat mereka berdua.
“I will never forget this date!! Happy 1st anniversary Sayang. I love you so much and forever from the bottom of my heart,” tambahnya lagi.
Lalu, netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka berdua.
Nazmi dan Yamin telah selamat diijabkabulkan pada 25 November tahun lalu di Kuala Lumpur dan mengadakan majlis resepsi bertemakan fairy tail dengan mengayakan persalinan berwarna biru lembut.
Foto : IG Nazmi Faiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari lalu, pihak Skop Production telah memberikan kenyataan media berhubung sesi pendengaran bagi Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Datuk Yusof Haslam, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd dan Syamsul Yusof, Pengarah filem Munafik 2 terhadap Defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah yang telah difailkan pada 8 Oktober 2018 lalu.
Pengarah dan penerbit itu bersama anaknya, Syamsul Yusof yang juga merupakan pengarah filem Munafik 2 telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang telah melanggar hakcipta filem tersebut dengan memuatnaik di laman media sosial facebook dan instagramnya melalui akaun profil Sasuke Kun dan @muhammad_izwan_shah.
Filem tersebut kemudiannya telah tersebar luas dan dikongsi dibeberapa laman media sosial untuk tontonan umum.
Lalu, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000.00 kepada Plaintif-Plaintif, dan Defendan dihalang daripada melanggar hakcipta Plaintif-Plaintif untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dan mana-mana bahagian daripada filemtersebut, dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan Plaintif-Plaintif.
Selepas dikenakan tindakan, luahan hati individu yang dimaksudkan, Izwan pula turut menarik perhatian netizen. Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan menyesal akan tindakan yang dilakukan.
Perkongsian berkenaan boleh dibaca menerusi status yang dikongsinya, dua hari lalu.
Antara lain, kandungan status berkenaan juga turut memohon maaf kepada semua pihak terlibat kerana sudah menyusahkan selain kerana telah pun mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.
Berikut merupakan antara kandungan status yang telah dibuat Izwan;
“Saya yg bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Dato’ Yusof Haslam dan anak beliau Dato’ Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan dato’ dalam beberapa bulan ini, dan juga ingin memohon maaf kepada P.A dato’ dan adik perempuan dato sendiri kerana telah mengeluarkan kenyataan yg menyinggung perasaan mereka.
“Saya sekali lagi dgn rasa rendah diri… menyatakan saya amat menyesal dgn kesalahan yg telah sy lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100k sbg gantirugi kpd pihak skop btul2 membuatkan sy tersentak. Tapi sy sgt2 bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara.. sekurang kurangnya sy masih berkesempatan utk menjaga kedua dua ibu bapa sy yg kian meningkat usia.
“Saya xkisah sy xde kereta, xde rumah sendiri, walau xde jodoh sekalipun (xkahwin)… yg penting sy masih diberi peluang utk menjaga ibu bapa sy.. biarpun sepanjang hayat sy bkerja keras semata2 utk membayar gantirugi kepada pihak skop.. nilai RM100k tu teramatlah besar bg org biasa mcm sy… mustahil utk sy mendapatkan jumlah tersebut walau sy dpt hidup 100 thn sekalipun.. tp sy berjanji sy akan bayar juga walaupun sikit2 kpd pihak skop..
“Ini lah pengajaran utk sy yg Allah turunkan.. dan sy berharap sgt ini juga blh menjadi pengajaran utk org lain. Mana2 individu kt luar sana yg berhasrat atau sedang giat melakukan aktiviti2 sharing link mahupun aktiviti2 yg melanggar hakcipta ini TOLONG LAH HENTIKAN, KERANA NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG.
“JGN ANGGAP BENDA NI MUDAH DAN RINGAN.. KERANA SAYA PUN MCM TU GAK PERMULAANNYA TAPI TENGOKLAH SKRG.. KESAN DAN IMPLIKASI NYA YG SY SEDANG HADAPI.
“Dunia skrg makin canggih, sedangkan msg2 dlm app whatsapp pun blh ditrace/reveal semula.. sbbnya data tu semua stored dlm cloud storage (Malaysia ada satu “single server” khas utk whatsapp) yg ramai org taktau.. kalau IP address lagi senang nk trace…walaupun anda pakai VPN sekalipun, mereka blh trace anda by ISP… sbb tu jgn anggap mudah perkara2 sebegini.
“Undang-undang tak mengenal jantina, pangkat, mahupun paras rupa tapi ia adalah SESUATU yg mesti DIPATUHI… yg mana salah tetap akan salah dan akan dijatuhkan hukuman yg telah ditetapkan.
“Saya menyesal dan tak akan ulangi perkara mcm ni lg. saya akui saya byk share link movie. Sbbnya telah menjadi hobi sy utk share sesuatu.. dan rupanya hobi sy ni telah memudaratkan diri sy sendiri..
“Sepada kawan2 yg mengenali diri ini, mahupun kawan2 di dunia maya serta tidak lupa kpd individu2 yg prihatin akan sy… sekali lg sy memohon maaf.. kalau2 chat anda / komen anda sy tak reply dgn detail.. sbb anda sendiri blh lihat kesan & implikasi nya skrg.
“Mak.. ayah,,, iwan minta maaf.,. sbb byk myusahkan mak ayah… dr kecik smpai la dh dewasa masih lg myusahkan mak ayah… di kesempatan yg Allah beri ni.. berilah iwan peluang utk membalas jasa mak & ayah dgn menjaga mak ayah sepanjang hayat iwan… iwan janji xkan ulang lagi perbuatan ni dan xkn myusahkan mak ayah lg…
“Sy btul2 menyesal dgn apa yg telah terjadi .. sy xsangka perkara yg sy anggap remeh selama ini.. blh jd sebesar ini..dan sehingga menggelapkan masa depan sy,” tulisnya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut sudah pun dikongsi lebih 700 pengguna FB lainnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.