“Harini g check up. Kandungan 36minggu 3 hari. Doc ckp baby songsang. Minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi, if baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya.
“Doakan saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua. Jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah sebab 2 anak saya normal delivery. Jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni. Doakan sy agar selamat semuanya ya,” tulisnya.
Tambah Almy lagi, dia memohon agar orang ramai mendoakan keadaan kandungannya itu dan berharap agar bayi dapat berada dalam kedudukan yang betul.
Ads
Melihat diruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Almy dapat melahirkan bayinya itu dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
Hari ini penyanyi dan juga pelakon, Siti Nordiana menyambut hari kelahirannya yang ke-34. Lahir pada tanggal 22 November 1984, nama anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-2.
Namun, jika diingat kembali, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana merupakan antara penyanyi remaja yang popular sekitar lewat tahun 90-an.
Jadi, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu, ini MH bawakan 10 fakta menarik mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu.
Nana memulakan kariernya menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika usianya baru 15 tahun. Memiliki suara yang lunak serta rupa paras yang cantik, tidak hairanlah Nana berjaya untuk menghasilkan lima buah album solo.
2. Duo Achik & Nana
Selain bergelar penyanyi solo, Nanaturut popular menerusi gandingan duetnya bersama penyanyi, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin. Mereka terlebih dahulu mengenali antara satu sama lain ketika zaman remaja di Negeri Sembilan. Kemudian, mereka sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai. Antara lagu duet mereka yang masih popular sehingga kini ialah seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih
3. Karier lakokan
Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Nana turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Nana telah muncul dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi. Pada 2016, Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar mendapat tempat di hati peminat, sehinggakan drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia.
4. Alam Perkahwinan
Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
5. Imej Berhijab
Pada tahun 2011, Nana mengumumkan akan mengenakan hijab secara kekal. Pengumuman tersebut dibuat pada bulan Ramadhan. Menurut Nana, niatnya terdetik untuk memakai tudung selepas banyak membaca buku mengenai perihal Islam.
6. Berniaga Pasar Malam
Sebelum mendapat peluang kedua bergelar penyanyi, Nana pernah melalui fasa kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya. Nana yang berputus asa dengan karier nyaniannya akhirnya memutuskan untuk berniaga di pasar malam.
7. Juara Gegar Vaganza
Gegar Vaganza musim ke-2 telah menjadi titik tolak permulaan semula karier Nana dalam bidang nyanyian. Nana telah dinobatkan sebagai juara menumpaskan peserta lain seperti Farah Dhiya, Ezad Lazim dan Nassier Wahab. Selepas itu, Nana berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.
8. Perniagaan
Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan pada tahun 2016. Selepas sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana tampil dengan produk terbaharu iaitu koleksi gincu yang diberi nama SND.
9. Buku
Pada tahun ini, Nana telah melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Life Goes On. Buku tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Life Goes On menceritakan tentang perjalanan hidup Nana sepanjang bergelar anak seni.
10. Gosip bersama Zoey Rahman
Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan bahawa Nana mempunyanyi hbungan mesra bersama pengacara Zoey Rahman. Spekulasi makin bertiup kencang apabila mereka dilihat pergi menunaikan umrah bersama. Namun, Nana tampil memberikan penjelasan memberitahu, hubungannya bersama Zoey hanyalah sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehangatan perlawanan bola sepak antara Malaysia-Mynmar merupakan persaingan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur malam tadi.
Bagaimanapun, tular di media sosial apabila sepotong video yang memamparkan seorang penyokong Malaysia telah ‘memberanikan’ diri untuk melamar wanita pilihannya di khayak ramai di hadapan lebih 85,000 penonton yang memenuhi stadium.
Difahamkan, aksi lelaki yang dikenali sebagai Roshan Gunasakaran itu membuat lamaran terhadap teman wanitannya, Shinna Teh ketika perlawanan rehat separuh masa pertama, nyata memberi reaksi pelbagai netizen.
Reaksi Shinna amat terkejut dan terharu apabila Roshan mulai melutut lalu menyarungkan cicin ke jari manisnya dan mereka saling berpelukan antara satu sama lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang saling memberikan sokongan padu, para penonton turut dilihat sporting dan bersorak dengan memberikan tepukan gemuruh diatas lamaran itu.
Terdahulu, Skuad Harimau Malaya melunaskan dendam ke atas Myanmar apabila meraih kemenangan 3-0, pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF.
Video : Instagram AFF Suzuki Cup, FB Roshan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Uyaina Arshad yang kini mengacarakan program popular Indonesia, Dangdut Akademi Asia 4 mengakui tersentak dengan komen juri yang menegur gaya pengacaraannya para Jumaat.
Menurut pihak juri, Uyaina sering ‘memotong’ percakapan mereka ketika sedang memberikan komen kepada paserta yang baru selesai membuat persembahan.
Perkara tersebut turut tidak disenangi juri daripada Malaysia, Mas Idayu yang turut memberikan komen pedas kepada pengacara tersebut.
Lantaran itu, diakhir racangan, pihak DAA4 mengumumkan akan menggugurkan Uyaina daripada mengacarakan program tersebut seterusnya dihantar pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, situasi terbabit hanyalah ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran Uyaina yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak produksi dengan kerjasama para juri.
Menurut Uyaina, ini adalah prank hari lahir yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
“Ini adalah birthday prank yang tidak akan Yana lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pihak Indosiar yang cukup Yana sayangi. Ibu Soimah Pancawati dan mummy Mas Idayu bawa watak ibu tiri menjadi sangat,” tulisnya.
Uyaina muncul pengacara Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.
Foto: Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.