Pendedahan penyanyi, Zayn Malik bahawa dia tidak lagi mengakui dirinya sebagai seorang Muslim mendapat perhatian peminat khususnya yang meminatinya sejak dia merupakan sebahagian daripada grup, One Direction.
Katanya, dia ingin juju mengenai agama dan kepercayaannya kini.
“Secara jujurnya, saya tidak pernah berkongsi mengenai agama dan kepercayaan saya dalam mana-mana interview. Saya tidak mengaku sebagai seorang Muslim.
“Saya percaya agama dan kepercayaan seseorang itu adalah antara diri mereka sendiri mengikut amalan yang diamalkan.
“Pada saya, saya mempunyai kepercayaan spiritual bahawa wujudnya tuhan. Adakah saya percaya wujudnya neraka? Tidak,” katanya kepada British Vouge.
Ads
Tambahnya lagi, meninggalkan agama yang ‘diamalkannya’ sejak kecil adalah mudah sekali.
“Saya hanya mengikut apa yang saya percaya kepada diri saya sendiri sahaja, ia membuatkan rasa melalui kehidupan yang lebih baik.
“Jika saya berkelakuan baik, orang akan dilayan baik semula. Saya tidak percaya bahawa anda perlu makan daging tertemtu yang telah didoakan dengan cara tertentu.
Ads
“Saya tidak percaya yang kamu perlu berdoa dalam satu bahasa lima kali sehari. Langsung tak! Saya cuma percaya bahawa jika kamu adalah seorang yang baik, semuanya akan jadi baik.
“Ibu bapa saya, mereka sering me ada untuk mendidik saya. Saya pergi ke masjid, saya belajar mengenai Islam tapi mereka juga bagi pilihan kepada saya untuk memilih,” katanya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Zayn mengatakan dia bersyukur dibesarkan dengan cara Islam sering berkata yang elok-elok mengenainya.
“Setiap agama mempunyai keindahannya yang tersendiri,” katanya lagi.
Sumber: British Vogue
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena kelahiran ibu tercinta, Fad Bocey menitipkan ucapan khas yang cukup menyentuh hati.
Ulasnya, seorang ibu tidak pernah mengeluh walau kekurangan wang demi memenuhi hajat anak-anak.
Malah, seorang ibu juga sering menyembunyikan kesedihan walau hatinya dirundung pilu.
“Happy birthday mama .moga Allah panjangkan umur mama ,murah kan rezeki mama dan kurniakan kesihatan yg sihat buat mama .org yg susah nak bgitau kalau tak cukup duit sedangkan dlu kecik2 adik selalu mintak mcm2 tanpa pkir ada ke duit mak aku ni .
“Org yg selalu sembunyi kesedihan dia sedangkan kita klu sedih marah skit2 nk memberontak tnjuk perasaan .moga hari2 yg akan datang lebih membahagiakan hidup mama.”
Menasihati netizen untuk menjaga ibu bapa selagi mereka masih bernyawa, walaupun tidak punya wang ringgit, katanya cukuplah dengan menghormati dan menyanjungi jasa kedua-dua orang tua.
“Sama2 kita jaga ibubapa kita sbb kita tktau smpai bila Allah akn bgi kita peluang utk balas segala budi org yg lahirkn dan besarkn kita .kita semua tk ckup sempurna tpi belajar la utk menghargai .bukan dgn wang ringgit tapi ckup klu kita hormati dan sanjungi.”
Setuju dengan pandangan pelawak ini, ulas netizen, seorang ibu cukup sukar meluahkan kesusahan dan akan menyelesaikan segala masalah sendiri.
“Yup betul.tu…ibu ni susah nak mengadu dengan anak anak tentang kesusahan dia…kalau boleh dia settle dia akan settle kan …nyusahkan anak anak tak mungkin..tapi sebagai anak sebenarnya naluri dia dengan ibu tak boleh dipisahkan…walau ibu tak ceritakan…anak anak tahu bila lihat raut wajah ibu tu dan kias kias percakapan dia…walau pun tidak berterus terang...alhamdulillah sis bersyukur juga punya anak anak yang memahami sis…untuk mama fad selamat hari kelahiran ye.”
Selamat hari lahir buat mama Fad.
Foto – Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan selebriti antarabangsa popular, David Beckham dan Victoria Beckham.
Terbaru, Victoria telah mengumumkan satu berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Victoria memaklumkan anak lelakinya, Brooklyn Joseph bakal berkahwin bersama pelakon Nicola Peltz.
“The MOST exciting news!! We could not be happier that @brooklynbeckham and @nicolaannepeltz are getting married!
“Wishing you so much love and a lifetime of happiness 🙏🏻We all love you both so much x @davidbeckham @romeobeckham @cruzbeckham #HarperSeven,” tulisnya.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1994 dan dikurniakan empat orang anak bernama Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.
Foto: Instagram Victoria Beckham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram, sebentar tadi.
Bagaimanapun tidak maklumat lanjut mengenai punca dan waktu kematian arwah.
“Saya telah diuji Allah sekali lagi. Saya nak beritahu semua, anak saya Aliff Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Dia telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah saya.
“Akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Ampunkan segala kesalahan dia. Saya diuji Allah dan saya reda,” jelasnya.
Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017 lalu.
Sumber/Foto: Awani/Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.