Individu ini pernah viral di media sosial kerana mempunyai wajah seakan-akan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa.
Namun mungkin impak populariti raut wajahnya itu, Hawa Rizwana terus mengorak langkah menjadi wartawan penyiaran selain memba a berita di TV9 sejak Julai 2017.
Sedikit demi sedikit, ramai mula mengenali Hawa menerusi bakatnya yang sedia ada itu malah, kelihatan pengikutnya di laman media sosial semakin hari, semakin bertambah.
Ads
Nah, kita lihat foto-foto terkini Hawa, malah ada di antara foto ini saling tak tumpah kelihatan seperti Neelofa, sama sangat!
Ads
Ads
Foto/Instagram: Hawa Rizwana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nampaknya, pelakon, Elly Mazlein memang sedang diulit rasa bahagia apabila sering muat naik foto bersama teman lelakinya yang mesra dipanggil papa.
Kisahnya semalam, Elly berkongsi foto dua lelaki penting dalam hidupnya iaitu ‘papa’ dan ayahnya menaiki satu kereta serta bersama anaknya, Putri Sara Sefhia.
“Jiwa mengamuk bahagia bile 2 hero ku bergabung meletoppppp .. Abah & Papa #AwanNano. Malu + munga2 ..Nak nyorok blkng langsir jap .. nyorok dlm keta pun bole.
“Aku tenggelam dlm lautan kasih sayangmu, tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini. Tq sudi mmbahagiakan jiwa kecil itu.
“Mkn pun nak 1 pinggan dgn papa #AwanNano. Mama bole mamam dgn tenyum sbab papa layan manja mamam. #BagiMamaChanceLa ,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan kebahagian Elly.
Elly pertama kali memperkenalkan teman lelakinya pada Oktober lalu apabila muat naik foto anaknya, bersama seorang lelaki yang kemudiannya diakui sebagai ‘papa’.
Foto/Instagram: Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fatin Afeefa dan usahawan, Nur Sajat antara selebriti yang sering mempromosikan pemakaian bekung khusus untuk mereka yang mengalami masalah perut buncit.
Namun, cara pemakaian kedua-dua figura itu telah mendapat teguran netizen apabila mereka memakai bekung di luar dan bukannya di dalam.
Instafamous dan usahawan, Syafiqah Aina meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Hafiz Mahamad menghadiahkannya sebuah telefon bimbit terbaru keluaran Apple.
Menurutnya, dia berterima kasih diatas kejutan tersebut walaupun merasakan ianya seperti membazir.
Rasa terharu itu diluahkan Aina menerusi entri terbaru dilaman Instagram miliknya.
“Dah macam masuk contest menang iPhone pulak. @hafizmahamad ni memang kalau dia nak buat, dia buat!! Membazir je ya Allah.
“Anyway, thankyou sayang semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang melimpah ruah pada you & kita semua sekeluarga. Ameen,” tulisnya.
Sementara itu, Aina turut mendoakan semoga suaminya itu dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Hafiz untuk membahagiakan isteri kesayangannya itu.
Alahai, comel betul pasangan ni kan! Tak henti-henti Hafiz buat kejutan dekat Aina walaupun telah berkahwin. MH doakan semoga hubungan mereka ini kekal bahagia hingga ke jannah. Amin!
Foto: Instagram Syafiqah Aina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah tujuh minggu berjuang dan berhempas pulas memberikan persembahan terbaik, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan bagai menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sulung Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Sabtu.