Penyanyi, Wani Kayrie telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi itu telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia sedang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 19, semalam.
“Alhamdulillah I’m officially 19 on the 17th March 2019 Celebrated my birthday with the concept of ‘Less is More’ with these special and amazing people around me Terima kasih mama @kaysabah and everyone who planned for this surprise So grateful to have them in my life” tulisnya.
Hari ulang tahun kelahiran Wani Kayrie atau nama sebenar Syazwani Abdullah telah disambut bersama ibunya dan keluarga tercinta.
Menjengah di akaun Instagram ibu Wani, telahpun titipkan doa buat Wanie sempena hari jadi anaknya itu.
“Selamat Hari Jadi Anak Ku @wanikayrie yg ke 19, da semakin dewasa anak mama seorg ni, top2 da 19 tahun akak skrg … Doa mama semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, belajar baik2 dan menjadi contoh tuk adik2.
Ads
“Sentiasa menghormati org tua, merendah diri x kira dgan sesiapa pun… Harap sentiasa Cantik Dan Comel gituuu … muah akak bucukkk mama ni.. love you till Jannah…” tulisnya.
Penyanyi, Mas Idayu merasakan dirinya seakan diuji lebih-lebih lagi apabila majlis pernikahannya bersama penerbit eksekutif stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Mas Idayu, dia agak risau bila memikirkan mengenai beberapa ujian yang dihadapi oleh dirinya dan pasangan ketika proses persiapan perkahwinan sedang giat dijalankan.
“Betul… perasaan ‘takut’ menuju ke hari pernikahan itu ada. Saya sangat gementar memandang ia (majlis nikah) semakin dekat.
“Banyak cabaran dan ujian yang dilalui sementara menunggu majis berlangsung. Contohnya, sebelum ini belum pernah bermasam muka, tetapi kami bermasa muka masa tempoh melaksanakan persiapan.
“Mungkin juga ujian buat kami. Apa yang saya harapkan agar saya dan pasangan akan terus pandang ke depan, tanpa menoleh ke belakang,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cintaku 100% itu berkata sedemikian ketika ditemui usai acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2022 yang berlangsung di Plaza Shah Alam pada Sabtu.
Mas Idayu merupakan salah seorang daripada empat juri yang mengadili program tersebut.
Tambah Mas Idayu, antara perkara yang sedikit merunsingkan fikirannya adalah apabila memikirkan mengenai tanggapan segelintir pihak memandangkan dia belum pernah bekerja dengan bakal suami sebagai sepasang suami isteri.
“Dulu, kami bekerjasama sebagai kawan. Tapi lepas ni saya akan bekerja dengannya sebagai suami isteri. Saya ada tanya dia, tak takut ke nanti orang kata asyik ambik isteri untuk program yang diterbitkan.
“Tapi menurutnya, kalau program terbitannya layak untuk saya, pihak stesen akan panggil saya. Jika tidak layak, mereka akan panggil orang lain. Saya percayakan apa yang dia katakan pada saya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Mas Idayu akan membuat satu pengumuman pada 21 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip mengakui kesalahannya kerana bertindak kasar dan beremosi ketika terlibat di dalam insiden pergaduhan, Ogos lalu.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, berkata, situasi itu berlaku berlaku disebabkan oleh seorang pemandu kereta menyemburkan semburan pemedih mata kepadanya terlebih dahulu.
Malah jelasnya lagi, kejadian tersebut terjadi sewaktu kesesakan jalan raya yang mungkin menyebabkan mereka saling beremosi sehingga bertindak di luar kawalan.
“Cerita sebenarnya saya memang mengakui ia adalah kerana terlalu emosi di mana biasalah bila kita berada di atas jalan dan berlakunya provokasi.
“Saya rasa dia emosi juga. Pada waktu itu sedang berlaku kesesakan jalan raya. Semua orang nak balik kerja. Dia keluar kereta sahaja terus spray. Itu yang menyebabkan saya jadi melenting dan terkejut.
“Waktu itu, lelaki tersebut mengguna pepper spray itu yang saya rasa sangat pedih. Bayangkan kita makan cili tergosok mata pun pedih, jadi cuba fikir apabila semburan itu tepat kena pada bahagian mata,” katanya.
Hafiz berkata demikian ditemui sejurus Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) malam pertama di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.
Hafiz bagaimanapun bersyukur kerana kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan mereka sudah saling memohon maaf.
Akibatnya, penyanyi lagu Awan Nano itu kini sedang menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama enam bulan.
“Saya akui salah saya juga, saya sudah pun minta maaf dengan individu terbabit. Alhamdulillah semuanya sudah diselesaikan dengan baik.
“Sebenarnya perkara (kes gaduh) itu sudah selesai. Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya berada dalam bon iaitu hukuman paling ringan bagi kesalahan tertentu.
“Saya perlu berkelakuan baik selama enam bulan. Sekarang ini baru dua bulan, jadi saya kena jadi ‘budak baik’. Saya tak boleh terkait dengan segala kes keganasan dan sebagainya,” ujarnya.
Hafiz bagaimanapun menyedari dia sepatutnya lebih bijak untuk menggendalikan emosi bagi sentiasa kekal tenang apabila berdepan dengan situasi tegang.
“Saya tidak mahu memanjangkan cerita lagi dan saya aku kesilapan saya. Saya kena belajar juga untuk mengawal emosi marah, mungkin juga disebabkan faktor usia.
“Bila kita berada dalam keadaan jiwa kacau, apa sahaja yang berlaku anda perlu lebih relaks.
“Fikir dulu sebelum buat apa-apa. Saya akui pada ketika itu saya tidak berfikir panjang. Bila selesai kes tersebut, fikir-fikir balik sepatutnya saya perlu lebih tenang untuk menyelesaikan masalah dengan rasional,” katanya lagi.
Terdahulu 30 Ogos lalu, video Hafiz yang didakwa menumbuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Goh Hui Heong di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak tular di media sosial.
Kejadian difahamkan berpunca daripada berlakunya salah faham apabila Goh didakwa membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.
Goh turut menghimpit serta memandu sehingga menghampiri kenderaan dipandu Hafiz sebelum berhenti di jalan berkenaan dan berlaku pertengkaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi, Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliyah Abu Hasan telah meluahkan rasa terharu dan gembira di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Alyah, dia bergandingan mengadakan persembahan bersama rakan penyanyi, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah bagi sebuah program televisyen.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu, dia berasa sangat gembira apabila berpeluang untuk membuat persembahan bersama dengan rakan penyanyi seangkatan.
“Me and my friends…Lama tak 1 stage dgn korang Terima kasih utk pengalaman yg dah lama tak dirasakan… @mishaomar @dayangsayangkamu,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat gandingan mereka bertiga yang mantap ketika membuat persembahan.
Sekadar informasi, mereka bertiga telah berganding bersama membuat persembahan untuk Konsert Kitak Nang Steady yang berlangsung di UNIMAS, Sarawak pada Ahad lalu.
Ia turut ditayangkan secara langsung di TV2.
Foto : Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rosé Blackpink sekali lagi membuktikan pengaruhnya sebagai bintang global apabila lagu hitnya, APT., berjaya bertahan selama 15 minggu berturut-turut dalam carta Billboard!Lagu yang menampilkan...