Pelakon, Remy Ishak yang sudah pun mengesahkan dirinya sudah putus tunang dengan rakan niaganya, Ezza Yusof sejak sebulan lalu turut mengakui perpisahan yang berlaku bukan berpunca dari orang ketiga.
Malah, pelakon tersebut turut menafikan rakan pelakon, Mira Filzah sebagai punca hubungan keduanya terputus di pertengahan jalan.
“Tidak ada kaitan dengan sesiapa, jauh sekali Mira Filzah seperti yang diperkatakan ramai orang,” jelas Remy seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu, dia ditemui pada majlis pelancaran jenama minuman Origina di Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengakui masih mempunyai hubungan baoj dengan bekas tunang, Remy turut memberitahu dia kini sedang berada dalam tempoh bertenang.
“Selepas dua tahun kami bertunang tapi saya tak nampak arah ke alam perkahwinan. Jadi saya terpaksa melepaskan kerana tidak mahu mengikat dia.
“Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik sekiranya saya lepaskan,” katanya yang tidak menolak anda masih ada jodoh bersama wanita berkenaan selepas ini.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ifa Raziah Rancang Pakai Baju ‘Bersalut’ Emas, Dalam Misi Capai Rekod Dunia Di Star Vendors 2023
“Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli.”
Demikian kejutan persalinan yang bakal digayakan Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga selebirti popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah di dalam acara berkenaan yang berlangsung pada 13 hingga 17 April depan.
Ifa bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dirancang dan sebolehnya, biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.
“Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian kena datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ifa mengakui dia serius dan komited bahawa kali ini, pihaknya optimis mahu memastikan acara Starvendors dicatat dalam rekod dunia dan kini dalam proses untuk merealisasikan perkara tersebut.
“Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan, insya-Allah. Doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.
“Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.
“Cuma untuk tujuan tersebut, kita tidak menggunakan perkataan ‘Mega Raya’ kerana ia melibatkan budaya dan bangsa. Jadi jika acara ini tercatat dalam Guinness World Book Of Records dia akan menjadi Longest Non-Stop Festival,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Gemercing Rindu itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis lalu.
Mengulas mengenai beberapa festival lain yang difahamkan turut berlangsung pada tarikh sama, Ifa berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu fokus terhadap kelancaran acara yang dianjurkannya.
“Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan ramai orang. Malah soal persaingan ini pun suatu hal yang positif dan sihat.
“Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati? Kita sama-sama dalam bidang ini dan patut meraikannya. Jadi, sama-samalah kita fokus pada perniagaan masing-masing,” katanya.
Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti.
Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Tahun lalu, acara sama berjaya mengumpulkan lebih 350 usahawan bersama 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.
“Jika tahun lalu Starvendors berjaya meraih RM800 juta transaksi urus niaga selama 75 jam ia berlangsung, saya berharap penganjuran kali ini di ‘rumah baru’ kami ini, kutipan akan sukses juga.
“Tambahan lagi kali ini masa urus niaga juga lebih panjang dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan nombor satu vendor-vendor di Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masjid Terbesar Di Dunia Selepas Masjidil Haram Ini, Kini Bertukar Menjadi Cathedral,” – Cerita Imam Muda Asyraf Buat Netizen Sebak
Imam Muda Ashraf ada meluahkan kesedihan apabila berkongsi kisah Masjid Cordoba iaitu masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba.
Jelasnya, kejatuhan masjid ini ke tangan pihak gereja adalah antara lambang kejatuhan kegemilangan 800 tahun kerajaan Islam Andalus, lama dahulu.
“Masjid yg suatu ketika dulu merupakan masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram ini, kini bertukar menjadi Cathedral.
“Basahnya hujan mengiringi air mata yang terjurai mengenang kejatuhan kegemilangan 800 tahun Kerajaan Islam Andalus,” tulisnya.
Ulasnya lagi, masjid ini pernah menjadi pusat tamadun ilmu ketika zaman kegelapan Eropah.
“Masjid Cordova ini bagaikan bunga yang menerangi di tengah kegelapan Eropah.
“Ketika hampir 400,000 manusia seluruh dunia keluar masuk menuju hampir 75 perpustakaan sekitar kota ini utk menggali tamadun Ilmu disini. Sedangkan Eropah sedang bergelap tanpa lampu menerangi.
“Sungguh perkataan yang pedih didengari sewaktu melangkah masuk kedalam Masjid Cordova ini ialah "Anda tak perlu membuka kasut untuk memasuki bangunan ini",” katanya.
Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787.
Pada tahun 1994, masjid terbabit telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia.
Foto : Instagram Imam Muda Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawa Pulang RM50k, Juara Vokal Mania Aina Abdul Dedah 2 Perkara Tak Boleh Dilupakan – “Dengar Suara Orang Bersembang Di ‘In-Ear Monitor Dan…,”
Tahniah diucapkan buat penyanyi Aina Abdul yang dinobatkan sebagai juara idol di program Vokal Mania final malam tadi.
Selama sembilan minggu bersaing, bintang tang kini popular menerusi lagu Semalam menewaskan barisan idol lainnya iaitu Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.
Berkongsi mengenai kemenangannya itu, Aina akui ada beberapa perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatannya di dalam Vokal Mania.
“Sejujurnya, ada dua perkara yang tak boleh saya lupakan sepanjang menyertai Vokal Mania. Pertama, ketika saya terpaksa membuat persembahan live dari rumah kerana menjalani proses kuarantin.
“Ketika itu, band yang saya tampilkan bersama di rumah mendapat kritikan dan dipanggil sebagai band orang kahwin. Saya menghormati pandangan terbabit tapi jauh di dasar hati, saya rasa terkilan kerana kami meletakkan sepenuh usaha di minggu tersebut.
“Disebabkan itu, saya menampilkan orang yang sama, band yang sama di pentas akhir Vokal Mania mengiringi saya di persembahan solo menyampaikan lagu Shadow dan I Surrender.
“Kedua, sewaktu saya menyanyikan lagu Reflection di minggu kelima. Ketika itu, saya menghadapi masalah dengan monitor di telinga (in-ear monitor) atas kesilapan teknikal.
“Waktu saya sedang menyanyi, saya mendengar suara orang bersembang di in-ear monitor dan akhirnya saya hilang fokus.
“Kesalahan itu saya letakkan kepada diri saya sendiri kerana tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap nyanyian.
“Saya belajar dari insiden terbabit dan selepas itu, saya tak boleh berharap 100 peratus terhadap monitor dan harus memberikan fokus terhadap persembahan,” katanya seperi yang dipetik Tonton Xtra.
Pada masa sama, kemenangan tersebut juga menjadi penutup manis dalam kerjaya seninya tahun ini.
“Tak terungkap penghargaan dan rasa berterima kasih saya kepada semua pihak. Saya amat hargai usaha keras team saya, tenaga produksi, pihak TV3 dan terutama sekali kepada penyokong saya, Ainations yang memberi aura positif setiap hari.
“Saya anggap kemenangan ini sebagai penutup manis bagi tahun 2020 dan berharap tahun 2021 akan lebih bersinar,” katanya lagi.
Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aina meraih hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania.
Sementara Sharifa Aisha Retno pula diumumkan sebagai juara Rookie Vokal Mania untuk musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.
Sumber, Foto : Xtra Tonton, Instagram TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI