Percintaan di antara pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim bersama kekasihnya, Julie Anne bukan lagi rahsia.
Malah, bintang kacak ini sering kali memuat naik fotonya bersama gadis berbangsa cina itu.
Mengakui tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, aktor muda berusia 26 tahun ini bagaimanpun menyerahkan soal kahwin itu kepada ketentuanNya, selain mengharapkan rezeki berkahwin itu datang tepat pada masanya.
Mengenai Julie, seorang usahawan sejak di bangku persekolahan lagi. Bagaimanpun, cinta mereka mulai berputik sejak beberapa tahun lalu.
Nah, kami bariskan beberapa foto menarik pasangan sama cantik sama padan ini.
Pasangan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian ramai, Norman Hakin dan isterinya, Memey Suhaiza kini sedang menikmati bercuti bersama di Langkawi.
Menariknya, Abby Abadi yang turut ditemani suaminya, Faizal Zakaria atau mesra dengan panggilan Jai. Malah, anak-anak mereka turut sertai sama lalu memeriahkan lagi percutian berkenaan.
Pada masa sama, mereka juga telah berkongsi momen indah itu di akaun Instagram masing-masing.
Namanya mungkin tidak bersinar seperti kakaknya, Fasha Sandha, namun Elisya Sandha sering mendapat perhatian ramai dek rupa parasnya yang cantik dan jelita.
Merupakan pendatang baru dalam industri hiburan, bintang berusia 19 tahun itu pernah menghiasi kaca televisyen menerusi drama dengan hanya memegang watak sampingan sahaja.
Antara drama yang pernah diterajuinya seperti Hai Lah Menantu, Aku Mahu Ke New York, Bila ChaCha Masuk Asrama dan banyak lagi.
Jadi, jom MH belanja antara gambar Elisya yang sentiasa on point dan vogue. Cantiknya!
Hari ini genap usia pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.
Justeru, Enot telah berkongsi sekeping foto beserta kapsyen yang agak menyentuh hati menerusi Instagram.
“Assalamualaikum Alhamdulillah . Hari ni 03 December 2018 genap usia sy 40thn,bersyukur pd Allah krn masih diberi peluang bernafas diatas dunia ini..semoga tahun ini Allah tambahkan rezeki sy berlipat kali ganda,tambahkan kebahagiaan & kejayaan hdp pd sy.. Semoga apa yg saya hajatkan akan termakbul,” tulisnya.
Malah, ingatan pelakon ini terhadap arwah ibunya yang mengundang rasa sebak.
“Al-Fatihah kpd mak yg tlh melahirkan sy di dunia ini..tq Mak adik rindu mak sangt2 semoga mak ditempatkan dikalangn org2 beriman.. ingatan adik kat mak x pernah hilang..adik syg mak dunia dan akhirat,” tulisnya.
Lalu, netizen telah memberi ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan pelawak dan usahawan itu.
Enot sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila dia dikatakan menghidapi sakit kanser usus tahap dua pada tahun 2014.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!