Namanya mungkin tidak bersinar seperti kakaknya, Fasha Sandha, namun Elisya Sandha sering mendapat perhatian ramai dek rupa parasnya yang cantik dan jelita.
Merupakan pendatang baru dalam industri hiburan, bintang berusia 19 tahun itu pernah menghiasi kaca televisyen menerusi drama dengan hanya memegang watak sampingan sahaja.
Antara drama yang pernah diterajuinya seperti Hai Lah Menantu, Aku Mahu Ke New York, Bila ChaCha Masuk Asrama dan banyak lagi.
Jadi, jom MH belanja antara gambar Elisya yang sentiasa on point dan vogue. Cantiknya!
Adik beradik popular, Uqasha bersama dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose kini sedang menantikan detik menjejakkan kaki ke tanah suci, hari ini bagi mengerjakan umrah.
Turut mengiringi rombongan berkenaan ialah ahli keluarganya yang lain.
Umrah keluarga besar ini disifatkan paling bermakna apabila buat pertama kalinya, ia turut disertai ketiga-tiga pelakon berkenaan.
Uqasha memberitahu, dia tidak mahu memikirkan soal remeh temeh apabila menunaikan umrah kelak.
Sebaliknya, dia hanya mahu beribadah di samping berdoa di hadapan kaabah, memohon keampunan dariNya.
“Saya tak nak fikir soal lain, apa yang bakal difikirkan orang lain. Lebih gemar untuk saya fokus dengan umrah, di samping berdoa supaya menjadi insan yang lebih baik selepas ini,” katanya kepada MH.
Menerusi Instagram, ketiga-tiganya ada memuat naik beberapa foto sebelum berangkat ke Mekah.
“Kepada rakan Instagram, maafkan segala salah dan silap, doakan perjalanan saya dan keluarga saya ke tanah suci menunaikan umrah berjalan lancar, insyaAllah,” tulis Raysha.
Semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga perjalanan pergi dan pulang kalian dipermudahkan, amin.
Foto: Instagram Nelydia, Raysha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mungkin kerana tak tahan dengan tanggapan negatif sesetengah netizen yang menganggap para selebriti menggunakan ‘orang dalam’ untuk mendapatkan tiket, akhirnya pelakon Datin Diana Danielle bersuara.
“Alhamdulillah kami beli dgn duit keringat kami sendiri, kami tak perlu main cable.. kesian kan org yg beli tiket mahal2 sebabkan tikus2 nak untung? Lepas tu kami dikatakan guna cable?,” jelas Diana.
Melalui gambar yang dimuat naik Diana yang turut berswafoto bersama rakan artis lain antaranya Ummie Nazeera, Lisa Surihani, Mawar Rashid yang masing-masing membawa pasangan (suami), pelakon Gol & Gincu Vol.2 ini memberi respon.
Selain isu tersebut, ada juga netizen yang mempersoalkan tujuan utama mereka memakai topeng muka (mask).
Aduhai, ada sahaja netizen yang berfikiran negatif terhadap para selebriti gara-gara sekeping tiket dan pemakaian topeng muka.
Malah, rakan artis lain turut memberikan reaksi terhadap apa yang dikatakan netizenmenerusi Instsgram milik Diana.
Terdahulu, sekitar hampir 90,000 penonton yang hadir memberi sokongan buat Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, meski hujan lebat sebelum perlawanan bermula.
Apa -apa pun, keputusan yang cukupsengit antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam dengan keputusan seri (2-2). Mereka akan bertemu di Vietnam pula, minggu hadapan.
Foto : IG Diana Danialle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan mudah untuk menjadi seorang yang bernama Neelofa. Sebutlah apa sahaja mengenainya pasti akan ada cerita yang menjadi bualan ramai. Dari segi penampilan sehinggalah kisah peribadinya, setiap inci menjadi perhatian yang sekali gus mencetuskan sensasi.
Lalu atas faktor kematangan dan keupayaannya dalam menghadapi pahit manis dunia showbiz, ia seakan memberi kekuatan buat pemenang Dewi Remaja 2009/10 ini dalam mengendalikan apa sahaja situasi berkaitan dengan diri.
Bagaimanapun hakikatnya, Neelofa juga manusia bahasa yang punya hati dan perasaan.
Ditanya mengenai apakah kritikan atau dakwaan yang paling terkesan sehingga ke hari ini, figura kelahiran Kelantan ini memberitahu ketika di awal penglibatan dalam dunia seni, ada pihak yang mendakwa serta menulis berkaitan dengan dirinya yang dikatakan mempunyai masalah mental.
“Jujurnya, bila ada yang ditulis mengatakan saya ada sakit mental. Apa yang diperkatakan pada saya was so bad dan menyentuh macam-macam isu. Waktu itu pun netizen mulai beri komen di Twitter. Teruk jugalah,” kongsinya kepada MH.
Ditanya apakah reaksinya berhubung kisah sensasi yang melanda dirinya ketika itu, usahawan berkenaan mengakui rasa fobia dan takut.
“Macam-macam…Saya fobia untuk baca untuk baca akhbar, saya menangis, takut nak keluar. Malah saya rasa dibenci setiap masa. Misalnya rasa kalau pergi majlis rasa rakan media tak suka saya.
“Ketika itu rasa macam-macam perasaan ada,” jelas Lofa yang turut mengakui pada ketika itu dia tidak meluahkan kepada sesiapa, termasuk keluarga.
“Saya tidak bercerita dengan ibu atau orang sekeliling. Simpan untuk diri-sendiri sahaja ketika itu. Cuma sekarang ni kadang-kadang saja saya baca komen. Dan kalau baca pun saya tak ambil hati,” ujarnya.
Terdahulu, Lofa ditemui MH pada majlis makan tengahari di hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Rabu.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.