Pelakon Aishah Azman kini tampil lebih ayu sejak memilih untuk bertudung, Jumaat lalu.

Malah menerusi sekeping foto yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini, bintang berusia 25 tahun itu turut berharap agar hijrah yang dilakukan mendapat keredaan Illahi.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik baik,” tulisnya ringkas pada ruangan komen.

Perkongsian positif berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan selebriti dan peminat yang sama sama menyambut baik keputusan yang dibuat pelakon  Bukan Cinta Aku ini.

[GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira [GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira

Malah, rata-ratanya tumpang sama gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buatnya.

IKLAN

[GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira

Terdahulu media melaporkan, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.

“Alhamdulilllah… ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.

“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab. Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” katanya memetik mStar.

IKLAN

[GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira

Dia pada masa sama turut memadam kesemua foto yang tidak berhijab di Instagram selain turut akan lebih selektif terhadap tawaran lakonan agar bersesuaian dengan penampilannya kini.

“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.

“Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya lagi.

[GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira [GAMBAR] Buang Foto Nampak Aurat, Instagram Aishah Azman Dihujani Doa Positif, Peminat Tumpang Gembira

Foto: Instagram Aishah Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI