“Ada yang lagi berani bila terang-terangan guna nama Aura Seri untuk lariskan produk lain.” Itu kata pengasas jenama terbabit, Datin Ira Ghani yang mendakwa produk yang diusahakan sejak 20 tahun lalu cuba ditiru pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, Ira Ghani yang turut aktif dalam lakonan turut kesal apabila kerana ada yang terbeli produk pihak lain tetapi menyangka ia merupakan hasilan jenamanya, Aura Seri by DIG.

“Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli “Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli

“Kalau boleh tak mahulah ada pihak yang buat macam ni. Kami tiada masalah kalau orang lain pun nak berniaga, sebab saya sendiri pun ada melatih para usahawan untuk berbisnes.

“Sepatutnya, bersainglah dalam cara yang positif. Memang terharu kalau jadikan produk kami sebagai inspirasi. Tetapi janganlah mencabuli jenama tersebut,” katanya.

Menyedari perkara sedemikian telah pun berlaku sejak beberapa tahun lalu, bekas hos program Feminin di RTM ini turut mendakwa, ada peniaga yang terlibat pernah menjual produk asli Aura Seri.

IKLAN

“Ada yang pernah jual produk Aura Seri, jadi daripada situ mungkin ada yang jadikan ia sebagai inspirasi, dapat ilham tak payah nak pening-pening. Buat aje, tiru habis cerita.

“Tapi kami yakin dengan produk kami. Saya bukan ke kilang, ambil produk dan tukar label. Maaf ya. Kami buatnya sendiri. Jadi kalau ada yang nak meniru pun, tidak akan sama,” katanya lagi.

“Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli “Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli

IKLAN

Ira berkata demikian ketika ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia yang kini turut mempunyai program sendiri di YouTube, Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel turut meminta pembeli agar peka dan tidak terkeliru.

“Saya nak tekankan hal ini bagi memberitahu pembeli di luar sama, jangan keliru takut tersalah produk. Bimbang ada yang akan salahkan kami kalau produk yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.

IKLAN

“Nak berniaga ni biarlah dengan cara yang sihat. Lebih  baik ada identiti sendiri, itu lebih bagus.

“Cuma kalaulah perkara ini masih berterusan dan mereka yang tidak bertanggungjawab masih suka-suka hati ‘claimed’ jual produk sama, mungkin kami akan ambil tindakan susulanlah,” tegasnya.

“Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli “Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah BeliDalam perkembangan lain, aromaterapi Aura Seri by DiG yang merupakan item terbaru darinya kini sudah pun berada di pasaran pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, dan boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.

“Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli

Foto: Instagram Datin Ira Ghani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI