Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan bakal menjalani pengambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Khabar gembira ini telah dikongsi oleh Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Dalam pada itu, bintang kelahiran dari Miri, Sarawak ini berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.
“Ramai yg masih tak tahu yg kami berdua ni sebenarnya orang Sarawak. @bilazali berasal dari Kuching manakala saya berasal dari Miri.
“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah. Doakan segala berjalan dengan lancar ya.
“Ada peminat 7 Hari Mencintaiku tak sini? Kalau ada, comment kat bawah
#7harimencintaiku #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menantikan drama tersebut bersiaran di kaca televisyen.
Selain Faye, drama yang pernah mencipta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Foto: Instagram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Intan Najuwa bertuah kerana dapat berlakon sama dengan aktor, Redza Rosli menerusi drama bersiri terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Mendukung watak sebagai Siratul, Intan berkata penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara mereka berdua selain kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul (Intan) dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik,” jelasnya kepada MH.
Intan pada masa sama turut optimis memberikan yang terbaik selain tidak sabar menantikan reaksi penonton terhadap drama 28 episod itu.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Gara-gara kenyataan menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan payu dara, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah pun dikritik hebat oleh netizen.
Terbaru, seorang individu menyifatkan Azhar sebagai seorang bapa yang lepas tangan selepas dia dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas isu penampilan seksi anaknya.
Jelas individu berkenaan, pangkat sebagai seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata tetapi hendaklah disertakan dengan rasa tanggungjawab.
“Hebat statement ayah Leona ni. Kesian klinik dekat Malaysia kena pikul tanggungjawab untuk jaga wanita-wanita seksi. Harap-harap, takde owner klinik yang diazab kat akhirat nanti sebab tak dapat didik anak dengan betul.
“Gelaran ‘Ayah’ tu bukan datang sebab DNA sahaja, tapi ia datang bersama tanggungjawab. Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join Tiktok sama-sama.
“Kelakar pulak wujud ayah macam ni and still got a lot of people call him sporting dad,” tulisnya.
Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Keluarga Iskandar itu sendiri.
Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu menegur mengenai kesilapan dirinya tetapi hendaklah menggunakan cara serta bahasa yang betul.
“Are you a good dad? Siapa yang verify your performance? Anak you okay? Perjalanan kita mungkin pendek dan mungkin panjang lagi.
“Kalau nak berdakwah sekali pun lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya?
“Mengingati sesama insan okay tapi bahasa kena jaga brader. Lu suka ke kena sound macam mana lu sound gua,” balasnya.
Pada masa sama, Azhar jug turut dilihat memuat naik foto individu yang menegurnya itu di ruangan Instagram miliknya.
Malah, Azhar juga mengajak individu tersebut untuk bersemuka bagi membahaskan mengenai isu tersebut.
“Kalau lu rasa lebih hebat dari gua, jemput datang jumpa gua la. Lu buat gua panas. Jangan berani dekat belakang je,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Azhar supaya banyakkan bersabar dan jangan peduli komen negatif tersebut.
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.