Pelakon, Rita Rudaini mengakui berasa sangat teruja apabila dijemput sebagai tetamu undangan bagi episod kedua program anjuran Media Hiburan, Media Hiburan Throwback.

Jelas Rita, sewaktu hos, Radin Era berkongsi beberapa artikel yang pernah diterbitkan majalah Media Hiburan sebelum ini, hatinya terus berasa rindu bila teringat kembali momen-momen menarik sepanjang bergelar anak seni.

“Bila imbas balik kenangan-kenangan lama saya jadi rindu. Teringat balik kawan-kawan lama yang buat artikel kita dulu.

“Terkenang balik momen-momen sewaktu photoshoot sama ada dekat sudio, tempat parking, outdoor dan sebagainya.

“Bila tengok balik gambar-gambar dengan kawan-kawan lama dalam industri, saya rasa saya lagi suka zaman dulu berbanding sekarang,” jelasnya kepada MH.

“Bila Tiba Musim Raya, Semua Teruja Nak Beli Majalah,” – Hidup Lebih Privasi, Rita Rudaini Rindu Zaman Sebelum Ada Media Sosial “Bila Tiba Musim Raya, Semua Teruja Nak Beli Majalah,” – Hidup Lebih Privasi, Rita Rudaini Rindu Zaman Sebelum Ada Media Sosial

Ads

Ibu kepada dua orang anak ini berkata sedemikian sewaktu ditemui dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rita turut mendedahkan sebagai anak seni, dia lebih seronok dengan kehidupannya sewaktu zaman sebelum kemunculan media sosial kerana dia merasakan pada ketika itu hidupnya lebih privacy.

“Saya rasa zaman dulu lebih privacy. Sekarang saya rasa privacy tu dah tiada. Lama-lama orang boleh cari tahu pasal kita hanya dengan Google.

“Dulu kalau orang ramai nak tau pasal artis, mereka kena tunggu akhbar setiap hujung minggu. Untuk majalah pula, pada setiap hujung bulan.

Ads

“Bila tiba musim hari raya pula, semua teruja nak beli majalah sebab nak tengok baju-baju artis pada ketika itu. Sekarang pula, segala maklumat senang je nak dapat,” katanya lagi.

“Bila Tiba Musim Raya, Semua Teruja Nak Beli Majalah,” – Hidup Lebih Privasi, Rita Rudaini Rindu Zaman Sebelum Ada Media Sosial “Bila Tiba Musim Raya, Semua Teruja Nak Beli Majalah,” – Hidup Lebih Privasi, Rita Rudaini Rindu Zaman Sebelum Ada Media Sosial

Bagaimanapan, Rita tidak menafikan sosial media juga memainkan peranan yang sangat penting terutamanya untuk berinteraksi bersama peminat.

Ads

“Saya tak nafikan sosial media juga ada kebaikkannya juga. Saya kongsi pasal kerja-kerja saya di Instagram untuk peminat-peminat semua tahu.

‘Tapi kadang-kadang ada segelintir blogger-blogger yang suka ambil gambar di Instagram tetapi isunya tidak berkait dengan gambar-gambar tersebut. Itu yang saya kurang gemar.

“Bila momen-momen kita nak kongsikan dengan peminat, ada pula yang gunakannya untuk kisah-kisah lain,” jelasnya lagi.

Terdahulu, jangan lupa untuk menyaksikan Media Hiburan Throwback pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI