
Tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Pelakon Farah Nabilah telah selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus malam tadi di Mutiara Ballroom, Royal Chulan,Damansara.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.
Berkongsi detik ketika majlis berlangsung,Amirul ada cerita sendiri.
“Saya cuba menghafal banyak kali skrip sebelum akad nikah, tapi bila tiba masa kemuncaknya malam ini, tak sama sebab jantung saya berdengup sangat laju.
“Tapi apa pun Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja dan semuanya berjalan lancar,” kata Amirul kepada MH selepas majlis akad nikah.
Pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek turut menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing serta wang hantaran bernilai RM77,777.77
Malah, angka tersebut membawa simbolik cinta mereka.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran.
“Tak sangka, angka tujuh itu juga merupakan simbolik tempoh percintaan kami selama tujuh tahun,” ujar Farah selepas majlis akad nikah.
Saling memahami kerjaya masing-masing, Farah dan pasangannya yang merupakan seorang juruterbang ini menganggap bahawa hubungan mereka sangat kuat dan itu merupakan perancangan Allah.
“Kami mengambil masa yang agak lama juga iaitu selama tujuh tahun kerana tugasan dan kerjaya masing-masing.
“Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin sebab ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dengan pasangan.
“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami,” akhiri Farah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Kotor, Aku Kecil, Aku Tak Layak Berada Di Sini,” – Sebak Tinggalkan Kota Suci Mekah, Mas Idayu Pohon Doa Diberi Petunjuk

Selesi menunaikan ibadah umrah, penyanyi Mas Idayu meluahkan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan bumi Anbia itu.
Luahnya di Instagram, meski dirinya tidak layak berada di sana namun dia bersyukur kerana masih dijemput menjadi tetamu Allah.
“ya Rasullullah, setelah aku bersedih meninggalkan kota mecca dan masjidilharam ,hari ini airmata ku mengalir lagi kerana meninggalkan mu ya rasullullah ,, aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini.
“Tapi Allah masih menjemputku itu aku begitu bersyukur, setiap hari aku buka jendela kamarku dikota medinah ini, aku dapat melihat kubah hijaumu, makam mu, aku beri salam padamu ……. aku akan merindui Alharam, Masjid nabawi , masjidilharam,” luahnya.
Malah dia turut memanjatkan doa agar diberi petunjuk dan hidayah supaya dapat menjadi insan yang lebih baik.
“Aku berdoa Allah terima umrahku, umrah jemaah bersama ku, umrah sahabatku , setelah pulang menjadi yang lebih baik itu adalah yang Mabrur,, sekira sebaliknya , berilah petunjuk dan hidayah buat kami agar jadi lebih baik ya Allah.
“Ya RASULLULLAH aku rindu padamu, aku tidak baik, aku ingin menjadi baik , ingatlah NAMAKU YA RASULLULLAH,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on
Foto : Instagram Mas Idayu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Nak Ada Baby?,”- Soalan Klise Selepas Kahwin, Ini Respon Win Azrinaz Mazhar Hakim, Anak Itu Urusan Allah!

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim meluahkan rasa apabila sering diajukan soalan mengenai rezeki menimang cahaya mata.
Kongsi Azrinaz, soalan tersebut mungkin agak sensitif bagi sesetengah pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, namun masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
“Soalan lazim ditanya selepas kahwin: Anak .
“Ingin saya kongsikan tentang kewajaran sikap masyarakat kita yg gemar mengajukan soalan berbaur keperibadian kpd pasangan yg baru berumahtangga mahupun sudah lama berkahwin.
“Antara soalan yang sering didengar: Dah ada isi ke belum? Tak nak anak ke? Bila nak ada baby? Tak jumpa doc pakar ke?
“Dizaman millenial ini, soalan berbentuk family planning ada baiknya dibiarkan sahaja kepada pasangan terbabit untuk menentukan corak masa depan mereka. Kerana saya yakin, suami isteri itu sendiri lebih mahir memilih keutamaan mereka
“Setiap al tentang anak akan membawa persepsi kegagalan si isteri atau suami menghasilkan benih atau dengan kata lain ‘mandul’.
“Umum mengetahui saya telahpun mempunyai anak, maka selagi saya belum hamil, masyarakat akan melemparkan tanggapan negatif terhadap pasangan saya kononnya suami gagal memberikan zuriat.
“Bukankah cahaya mata itu datangnya dari Ilahi?,” luah Azrinaz.
View this post on InstagramA post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Dalam pada itu, bekas personaliti televisyen ini juga turut berkongsi pengalamannya apabila diajukan soalan sedemikian.
“Saya kongsikan dua insiden yg kami pernah alami:-
“Seorg makcik saudara yg baru kenali menerpa lantas memegang perut sambil berkata “mesti kena ada anak”.
“Sedangkan pada ketika itu saya sudahpun hamil 6 bulan cuma belum diketahui umum.
“Tindakannya itu membuatkan saya tergamam kerana penggunaan perkataan ‘mesti’ seolah2 wajib/peraturan hidup? Saya hanya membalas dengan senyuman.
“Suami menghadiri majlis baby shower selebriti terkenal. Si artist perempuan ini tanpa segan silu memberikan kata sinis ‘hang bila lagi?’ dengan mimik muka spt dirinya berjaya krn bakal melahirkan anak kedua kelak.
“Suami hanya menjawab doakan kami, sedangkan saya sudah disahkan hamil. Terlintas difikiran saya, apa perasaan sekiranya insiden2 ini terjadi kepada pasangan yg sedang bertarung nyawa dengan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit kronic, kesempitan wang, yg belum bersedia, tuntutan komitment kerja mahupun kpd pasangan yg sedang sedaya upaya berusaha.
“Tindakan mereka seolah2 tidak peka krn saya percaya, tidak semua masalah perlu dikongsikan tanpa perlu campur tangan pihak luar,” kongsi Azrinaz panjang lebar.
Baginya, rezeki zuriat adalah urusan Yang Maha Esa.
Sebagai manusia, hanya perlu berusaha dan berdoa.
“Pokoknya, sebelum bertanya kenapa dan mengapa? Adalah lebih baik kita selami soalan itu utk mengekalkan manis dan adab, kerana zuriat adalah kerja Tuhan,” tegas Azrinaz.
Dalam perkembangan lain, Azrinaz kini sarat hamil lapan bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018 dalam sebuah majlis di kediamannya.
Foto: Instagram Azrinaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukanlah Sebab Makan Hati,” – Langsing Dengan Berat 49Kg, Penampilan Terkini Rossa Sera ‘Pancing’ Perhatian

Tampil dengan fizikal yang susut berbanding sebelumnya, isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera mengakui dia berjaya berjaya menurunkan berat badan dari 60 kilogram (kg) kepada 49kg.
Akui punya lebih banyak masa terhadap diri sendiri, dia yang mersa disapa Sera turut menjelaskan ia bukan disebabkan ‘makan hati’.
“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg. Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan.
“Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga. Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” katanya.
Ibu kepada dua anak ini turut menambah, penampilan sekarang membuatkan dia berasa lebih yakin.
“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah.
“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam.
“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya lagi.
Sementara itu, Sera menjelaskan, dia tidak ambil hati dengan komen netizen yang mendakwa baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
“Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” katanya.
Sera juga bersyukur apabila dipilih menjadi wajah Inayah Beauty bersama pelakon Puteri Sarah.
“Sebenarnya saya sudah lapan bulan dengan Inayah Beauty, sebab saya memang gunakan produk ini dan saya dapat maklum balas sendiri. Disebabkan itu saya berani untuk terima tawaran ini,” katanya.
Sera turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi posting terkininya di Instagram.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI