Kecoh sejak semalam apabila rakaman video panas seorang yang didakwa mirip pelakon, Zul Ariffin di media sosial mulai tular hingga mencetuskan spekulasi ramai pihak.

Rata-ratanya memberi pandangan sendiri apabila akaun Instagram (IG) milik pelakon sasa itu juga dinyahaktifkan malam Selasa lalu.

Ia sekali gus, menguatkan lagi dakwaan mengaitkan bintang berkenaan dengan rakaman lucah yang tersebar.

Lalu, Zul Ariffin tampil memberi penjelasan dengan mengaitkan apa yang berlaku sebagai hasil suntingan teknologi.

IKLAN

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.

”Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja,” katanya seperti yang dipetik XTRA.

IKLAN

Sedih dengan apa yang berlaku, Zul turut memberi pesan kepada rakan artis lain supaya berhati-hati.

”Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati.” komennya lagi.

IKLAN

‘Deepfake’ merupakan satu suntingan tekonologi yang mampu ‘menggantikan’ visual individu lain dalam bentuk imej atau video.

Teknologi ini mulai diaplikasikan sejak beberapa tahun lalu di luar negara khususnya dan ia sering dikaitkan dengan penyalahgunaan melibatkan figura terkenal untuk pelbagai tujuan.

Sumber: XTRA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI