Biarpun pernah terlantar sakit akibat penyakit kronik yang dihadapi, namun jelas pelawak Ebby Yus, semangatnya dalam industri masih terus membara.
Namun atas kekangan masalah kesihatan, dia terpaksa meletakkan beberapa syarat dalam lakonan agar tidak menjejaskan tahap kesihatan.
“Alhamdulillah tawaran banyak datang cuma saya terpaksa tolak apabila melibatkan persembahan outdoor. Bila panas sangat, saya akan pening.
“Semasa terlantar sakit lebih setahun, banyak tawaran datang namun apakan daya, saya tidak mampu.
“Saya hanya tahu membuat kerja ini sahaja, tiada sumber pendapatan lain. Semangat untuk kerja tidak pernah putus, cuma kemampuan.
Ads
“Sakit saya pula merupakan sakit kronik, jadi banyak batas. Jadi saya terpaksa memberi syarat jika ingin ambil saya berlakon dan syukur ramai penerbit memahami keadaan saya dan memberi kelonggaran,” jelasnya.
Masih terkait soal perbezaan bayaran antara orang lama dan pendatang baru, pelawak ini memberitahu, dia bersyukur apa yang diterima setakat ini berbaloi.
“Dan berkait soal bayaran, masih seperti biasa. Berbaloi.
Ads
“Dan saya tidak pernah complain mengenai isu pelawak lama dipinggirkan kerana faham sesetengahnya tidak mampu menarik penonton,” ulasnya lagi.
Pelawak senior ini turut mengakui menerima tawaran menyertai Maharaja Lawak Mega setiap tahun daripada tahun pertama diadakan, namun dia menolak dengan baik.
Ads
“Secara jujurnya setiap tahun saya ditawarkan untuk sertai Maharaja Lawak Mega namun saya terpaksa tolak kerana tidak mahu tertekan. Membuat lawak untuk pertandingan dan persembahan berbeza.
“Apabila ada yang mempersoal, apa keperluan pelawak lama bertanding sedangkan kita sudah punya nama dalam industri, namun bagi saya, rata-rata memandang kepada hadiah yang ditawarkan. Jadi pertandingan bukan tempat kami mencipta nama,” katanya jujur.
Ebby Yus sebelum ini disahkan doktor mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun lalu, malah keadaan penyakit lamanya iaitu jantung semakin lemah.
Sekadar makluman, pelawak ini muncul menerusi program Stand Up Comedy Otai yang menjadi gelanggang kepada ‘orang lama’ dalam arena lawak beraksi dan disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar, bermula 5 Disember lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti versatil, Ifa Raziah baru-baru ini ada berkunjung ke sebuah jenama mewah semata-mata mahu mencari beg sangkar buat tiga ekor kucing peliharaan yang baru dibelanya.
Kata Ifa kepada MH, dia baru saja berminat untuk membela kucing setelah sekian lama menyimpan hasrat.
“Kalau nak diikutkan suami agak takut dengan kucing, tetapi saya dan anak-anak memang pencinta kucing. Jadi bila bela seekor kucing betina yang baru saja melahirkan dua ekor anak, lalu saya cadang mahu cari beg sangkar terbaik.
“Senang nanti nak usung kalau pergi ke mana-mana. Risau nak tinggal di rumah lama-lama,” kongsi Ifa.
Menurutnya lagi, haiwan berkenaan diberi nama Mika dan dua ekor anaknya pula dipanggil Mini dan Miki.
Ditanya mengapa sanggup berhabis demi kucing yang dibelanya, Ifa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tak salah untuk hargai binatang yang kita bela. Macam kami sekeluarga memang pencinta kucing. Malah, binatang tersebut juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW,” jelas Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa juga turut merancang mahu mengeluarkan single baru, awal tahun hadapan.
Nah, ini dia sedutan video ‘pencarian’ beg sangkar buat kucing Ifa Raziah. Kelas tak!?
Pelakon, Nora Danish ada berkongsi cerita pengalaman dirinya yang sedang berusaha untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Perkara itu dikongsikan pelakon Bencinta ini menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, ini merupakan tahun kedua ibu kepada dua orang cahaya mata ini untuk melakukan niat murni itu.
“Nora dulu masa sekolah rendah ada belajar di sekolah agama tapi hanya 2 tahun sahaja atas sebab-sebab yang tertentu.
“Alhamdulillah dijadikan cerita sampai sekarang Nora bersyukur sangat saya tak lagi buta baca Jawi.
“Jadi bila niat dihati nak khatam Al-Quran daripada awal tapi biasalah bila kita budak-budak suka ambil sambil lewa kan jadi tak dapat lah khatam.
“Hari demi hari dah lepas kahwin semua bila tengok orang khatam rasa macam bila nak sampai giliran saya ni? Tapi masa tak ada dengan shooting sebagainya dan benda tu dah jadi macam alasan pula untuk kita tak khatam,” katanya.
Di samping meluahkan rasa kesedihan, Nora memberitahu dirinya mula kembali membaca Al-Quran selepas terzahirnya rasa rindu terhadap arwah bapanya, Danish Hanif.
“Jadi tahun lepas tu yang terbuka hati untuk khatam tu sebab ayah Nora dah meninggal. Sebenarnya saya tak rapat sangat dengan dia sebab masa umur saya 2 tahun dia pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja jadi saya tak banyak pengalaman bersama ayah saya.
“Bila terniat dekat hati sebab rasa rindu sangat-sangat dengan dia, macam mana lah dia dekat alam yang lain tu kan.
“Nak jadikan cerita masa bulan puasa PKP tahun lepas jadi hikmah untuk saya baca Al-Quran.Sebenarnya saya memang pasang niat untuk khatam Al-Quran tu untuk arwah Papa,” katanya lagi.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @EyntanElysia mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada seorang pelakon lelaki iaitu Syazwan Zulkifly.
Individu tersebut mendakwa, pelakon yang popular menerusi drama Juvana itu telah bertindak bertanyakan tentang saiz baju dalam yang dipakai.
“Mohon pupus spesies artis begini,” tulisnya.
Menerusi berbualan tersebut, Syazwan dilihat tanpa segan silu bertanyakan hal saiz bahagian ‘itu’.
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.