Empat Hari Lagi! Joe Flizzow Bersama Lebih 45 Selebriti Bakal Terlibat Celebrity Bazaar di Asia GT Festival, Sepang

Litar Antarabangsa Sepang bakal dimeriahkan dengan perlumbaan kereta empat roda secara eksklusif di Festival GT Asia pada 15 hingga 17 Mac depan.

Selepas tidak lagi menjadi tuan rumah bagi pusingan Formula Satu (F1) acara tersebut pastinya bakal mengubat kerinduan peminat bidang permotoran!

GT Asia merupakan satu perlumbaan kesinambungan daripada Kejuaraan GT China yang kini memasuki peringkat saingan antarabangsa. Setakat ini, perlumbaan seumpamanya di Sepang merupakan satu-satunya pusingan yang berlangsung di luar China.

Bagi menyemarakkan lagi Festival GT Asia yang merupakan kerjasama antara Country Heights dan Goldenport Enterprise dari China, sesi jualan yang dikenali sebagai Celebrity Bazaar juga turut diadakan bagi memeriahkan sekitar perlumbaan.

IKLAN

Lalu, antara barisan selebriti terlibat di dalam sesi tersebut termasuklah Joe Flizzow, Linora Low, Elly Raja Lawak, KTown Clan bersama lebih 45 lagi personaliti lain.

“Selain perlumbaan sukan permotoran empat roda yang bakal berlangsung selama tiga hari itu, pelbagai aktiviti lain yang sudah dirancang, termasuklah persembahan daripada jenama automotif dan juga kelab kereta, food truck, ‘simulator’ perlumbaan dan Celebrity Bazaar,” kata Matahari Lee selaku Pengarah Eksekutif Country Heights.

Lebih menarik, mini konsert juga bakal diadakan pada 17 Mac nanti.

IKLAN

“Joe Flizzow dan tujuh lagi rakan-rakannya bakal mengadakan persembahan 16 Baris bermula 6.30 petang.

“Festival GT Asia ini bukan saja untuk mereka yang meminati aksi perlumbaan, tetapi ia juga sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah buat seluruh ahli keluarga,” kata Sarah Nattaya pula, selaku pengasas dan Presiden MBits Digital.

Jadi jangan ketinggalan untuk mengisi masa di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 sehingga 17 Mac depan untuk menyaksikan sendiri kehebatan dan keseronokan Festival GT Asia dan Celebrity Bazaar, empat hari lagi!