Kesemua bintang yang bersaing di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada minggu ketiga konsert boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan di penghujung segmen.
Ia sekali gus menyelamatkan Ayai Illusi yang berada di kedudukan paling corot minggu ini dengan perolehan markah sebanyak 51.75%.
Dua bintang lain yang turut berada di ‘bottom three’ kali ini ialah Zamani dan Datuk Aishah, masing-masing dengan 53.75% dan 57.25%.
Sementara itu, Jaclyn Victor unggul meraih markah tertinggi iaitu 76.00% diikuti Liza Hanim 74.75% dan Naqiu dengan 74.50%.
Ads
Dalam pada itu, empat peserta lain memperolehi markah yang sama iaitu Noryn dan Aliff Aziz (66.00%) serta Ezad Lazim dan Azharina (58.00%).
Dibariskan senarai lengkap ranking markah yang diterima daripada semua bintang bertanding;
Ads
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang di samping Datuk Syafinaz Selamat dan ia bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Izara Aishah selamat bersalin anak kedua dan berita gembira itu dikongsikannya bersama suami, Adib Khalid menerusi Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Di dalam video pendek yang dikongsi, kelihatan Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan itu sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Belum berkongsi mengenai perincian kelahiran anak keduanya itu, masing-masing hanya meletakkan emoji ‘tangan yang sedang berdoa’ menerusi ruangan kapsyen.
Penyanyi Shila Amzah tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak susulan masalah teknikal mikrofon tidak berfungsi ketika dia dan adiknya, Syahir Amzah membuat persembahan di konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-3 (FD3) pada Ahad.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia telah cuba melakukan yang terbaik demi menyelamatkan keadaan.
“Seperti juga dalam kehidupan, ada juga masalah teknikal. Jadi, saya teruskan sahaja. Apa lagi yang boleh saya buat. Perkara seperti ini memang tidak boleh dijangka.
“Kita sudah rehearsal untuk beberapa hari, semuanya berjalan dengan lancar. Yang penting kami sudah buat sehabis baik dan semampu kita pada ketika itu,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi ND Lala itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai program berkenaan yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam.
Katanya lagi, dia juga menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah yang perlu dilalui setiap penyanyi.
“Kecewa itu tidak. Bila sudah berusaha, kita kena tawakal. Sebelum naik ke atas pentas, saya memang sudah bagitahu Syahir kita memang kena berserah kepada Allah.
“Apa sahaja akanberlaku di atas pentas. Saya dah ingatkan Syahir tapi saya lupa nak ingatkan diri sendiri. Sebab itu saya agak panik sedikit.
“InsyaAllah pada minggu hadapan kita boleh buat yang lebih baik,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Syahir akui sedikit ralat kerana tidak dapat membuat persembahan seperti yang telah dirancang berikutan masalah teknikal yang berlaku.
“Saya tidak kecewa tapi saya merasakan kami mampu berikan 110 peratus kalau masalah tersebut tidak berlaku. Mungkin kami akan lebih puas dengan persembahan kami,” katanya.
Ditanya adakah mereka menyasarkan untuk bergelar juara di FD3 ini, Shila memaklumkan dia dan adiknya hanya mahu berhibur serta memperbaiki kelemahan.
“Saya sudah bagitahu Syahir, bila masuk pertandingan, kita jangan sasar untuk menang. Kita sasar untuk perbaiki dan mempelajari setiap ilmu pada setiap minggu.
“Bila masuk pertandingan ini bersama Syahir, saya tak boleh memikirkan diri saya seorang. Bila berduet, kerjasama dan kebersamaan diambil kira.
“Markah yang kami terima tadi adalah markah bersama. Kalau bergelar juara, ia merupakan rezeki buat kami. Kami hanya nak enjoy sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, mikrofon yang digunakan Shila dilihat tidak berfungsi ketika dia dan Syahir sedang membuat persembahan untuk membawakan lagu, Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.
Ketika masalah tersebut berlaku, Shila dilihat cuba mengawal keadaan sehingga terpaksa menukar mikrofon secara langsung di atas pentas.
Bagaimanapun, masalah tersebut tetap berlaku sehingga dipertengahan persembahan.
Namun, juri tetap memberikan pujian kepada Syahir yang dilihat tidak panik dan meneruskan persembahan seperti yang dirancang.
Pasangan ini berjaya menduduki tempat kedua dibelakang Duo Terbaik, Sharif dan Syaiful.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Buat julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan ‘ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini’, menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.
Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta.
“Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.
“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Hani Fadzil selaku Pengurus Kandungan ERA, pula menambah, ERA juga teruja dengan projek istimewa ini.
“Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.
“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.